where my dreams linger………

This is where I speak my mind. This is where I talk my walk. This is where I say what I'll probably regret later. This is where I write what I hear, what I see, what I feel, what I know, what I'm into.. This is not who I am. This is what I am.

Latest

It’s Migrating Time.. Or Is It Not?

1 Jun 2011 – 2.20 pm

Aku nak tukar balik blog aku ni ke blogspot, jadi aku harap sesape yg follow aku kat sini, leh follow aku kat situ yer..

http://theplainyard.blogspot.com/

Harap korang tak marah yer ngan perubahan ni.. Bkn pe, aku nak tiru kwn2 yg lain.. WordPress agak terbatas lah..

Chow!!

Geng : The Journey Continues….

31 Mei 2011 – 6.54 pm

Selepas kejayaan filem Geng: Pengembaraan Bermula, Les Copaque akan mengeluarkan buah tangan terbaru mereka untuk peminat-peminat siri animasi Upin dan Ipin. Upin dan Ipin : Angkasa akan menemui peminat-peminat di pawagam pada tahun ni, tapi tak tau la bila. Watak Upin dan Ipin juga akan lebih banyak ditampilkan dalam filem ini berbanding filem Geng: Pengembaraan Bermula. Kos pembikinan filem ini dianggarkan sebanyak RM6 juta atau pun lebih. Harap2 kutipan balik filem ni nanti dapat cover balik modal yg besar tu.

Sinopsis pendek Upin dan Ipin Angkasa

Upin dan Ipin serta teman-teman mereka mengikuti lawatan ke Planetarium Negara. Di sana mereka bertemu dengan seorang mahkluk asing dari galaksi lain (mcmn makhluk asing aka alien tu leh sampai kat Planetarium pun xde diciterkan) dan memutuskan untuk mengikuti mahluk asing tersebut dengan menaiki satu kapal angkasa. Konflik bermula apabila mereka berjumpa dengan musuh baru di angkasa lepas. Orait, sbg teaser, korang leh tgk video trailer tu kat bawah ni, video Upin dan Ipin : Angkasa.

Semoga kita terus menyokong industri animasi tempatan dan ramai2 serbu panggung utk tgk filem animasi nih. (Sori aku xleh taip berjela2. Nora Elena nak start dah ni! Takleh miss!)

Chow!!

When An Ex-Gamer Writes – Silent Hill Downpour

Masa aku muda2 dulu (sekarang pun masih muda lah), aku suka sesangat main game. Aku ada PS2 kat kampung (yg dh lebih setahun aku tak usik), dan antara game yg aku suka main dulu ialah Final Fantasy, Resident Evil, Parasite Eve, Harvest Moon dan lain2. Tapi game yang paling seram yg aku pernah main ialah : Silent Hill!

Dari game pertama sampai la yg ke no 4, aku dah main game2 Silent Hill tu. Aku ingat lagi mase game 1st Silent Hill kuar, dan aku start main game tu, aku struggle yg teramat sangat utk menghabiskan game tu. Sebabnya, dah la game tu sangat2 menakutkan, dah tu puzzle2 yang ada dalam tu susah2 nak mampus! Oleh sbb mase tu internet masih susah dicapai dan aku takleh nak cari kat internet utk cara2 penyelesaian puzzle2 dalam game tu, aku pernah ambik masa 6 bulan utk selesaikan puzzle ‘Broken Piano’ dalam game tu. Giler kaooo!!

Tapi selepas game yg ke-4 iaitu Silent Hill 4 : The Room, aku dah tak berapa minat utk main game dah. So bila Silent Hill 5 : Origins dan Silent Hill 7 : Shattered Memories kuar utk PS2, aku tak beli pun. Tapi aku masih ingat mcmne aku dulu terpaksa suruh adik aku temankan aku main game tu tengah2 malam, sebab aku takut nak main sorang2. Hahaha!!

Sekarang Konami akan mengeluarkan game terbaru Silent Hill iaitu Silent Hill 8 : Downpour utk PS3. Berdasarkan review2 yang aku baca kat internet, game ni mcm best je. Tp aku takkan dpt main kot sbb aku takde PS3, dan aku takkan beli PS3 kot. Baik aku beli hp.. Huhu..

Dari review2, dirasakan (dirasakan gitewwwww) yang plot bagi Silent Hill : Downpour (SHD) ni antara yang terkuat antara semua game2 SH yang pernah dikeluarkan. Pemain akan memainkan watak Murphy Pendleton, seorang banduan yang entah macam mana leh terperangkap dalam pekan berpuaka, Silent Hill setelah kenderaan yg membawa banduan mengalami kemalangan. Selepas Murphy tersedar dari kemalangan tu, dia dah berseorangan dalam kawasan Silent Hill yang kita tak pernah nampak sebelum ni dalam game2 yg lepas. Sekarang Murphy perlu cari jalan untuk keluar dari tempat berhantu nih. Best!!!

Game SHD kali ni agak berbeza ngan game2 SH sebelum ni dalam beberapa aspek. Salah satunya, Murphy takkan keseorangan sepanjang masa. Dalam beberapa situasi, dia akan berjumpa dgn penduduk, banduan lain, dan pada permulaan game juga, Murphy akan berjumpa dgn seorang polis perempuan yang tergantung kat jambatan. Murphy perlu memilih utk menolong polis tu atau tak.

Ni salah satu kelainan SHD nih dari game2 SH yg lepas2. Game ni tak linear. Ada masanya, pemain perlu buat keputusan2 kritikal dan keputusan ni akan mempengaruhi jalan cerita game. Contohnya, kalau dia selamatkan polis yang tergantung tu, polis tu akan membantu dia dalam melawan hantu2 kat bandar Silent Hill tu.

Lagi satu penambah-baikan SHD ialah, takkan ada istilah ‘broken locks’ ataupun pintu yg rosak kuncinya. Ini bermakna, semua pintu dalam game ni boleh dibuka sama ada menggunakan kunci, lockpick, ketuk dgn batu atau senjata, crowbar (yg juga leh digunakan sbg senjata) dll. Tak seperti game Silent Hill yg pertama, terlalu byk pintu yg rosak dan takleh bukak hanya sebab designer game tu malas nak buat bilik tu.. hahaha!!

Sistem senjata dalam SHD lebih cenderung kepada senjata pukul (melee). Tapi ade gak disediakan beberapa senjata api. Apa je yg Murphy leh angkat, leh dijadikan senjata spt kayu, besi, batu dll. Masalahnya, baju penjara yg dipakai oleh Murphy takde byk poket, so dia hanya leh bawak 1 senjata pada satu2 masa. Senjata2 yg digunakan juga akan rosak setelah digunakan banyak kali, jadi keputusan memilih senjata adalah sangat penting dalam game nih.

Bukan Silent Hill kalau takde suasana mengerikan. Klu game first lebih kepada besi berkarat dan pencangkuk manusia, Silent Hill 4 : The Room membawa ke ruangan yang berputar-belit, dan Shattered Memories membawa pemain ke kawasan tandus beku, Downpour ni membawa satu suasana yang sangat berbeza : AIR.

Murphy secara tidak sengaja telah menyebabkan kebakaran kat sebuah stesen minyak. Api padam setelah sprinkler terpasang, tapi air yg banyak telah membawa Murphy ke neraka air (gehtooo). Kat dunia Silent Hill berair ni, hukum fizik tak terpakai. Pintu yang kita masuk tak pergi ke tempat yang sama, laluan yang tak berpenghujung, lubang2 air yg tetiba muncul utk menelan mangsa, dan banyak lagi.

Nampak mcm game ni sangat menarik. Kalau aku ada PS3, ada masa dan ada minat, mesti aku akan main game ni. Tapi tak dapat main, baca review pun cukuplahhhh!!
Chow!!

Feline Curse.

31 Mei 2011 – 9.44 am

Pada yang baca paper, mesti ade terbaca ttg kucing yang dipukul sebab disangka kucing jadian. Ceritanya lebih kurang begini yer :

**************************************************************

JOHOR BAHRU: Gara-gara taksub dengan cerita misteri berkaitan kucing didakwa jelmaan penjenayah atau ahli sihir, segelintir penduduk di sekitar Taman Ungku Tun Aminah, di sini, sanggup mendera binatang itu.

Kejadian berlaku kelmarin apabila seekor kucing peliharaan seorang mekanik didera sekumpulan remaja di kawasan perumahan itu selepas kononnya menerima arahan pihak tertentu bagi memerangkap kucing jelmaan berkenaan.

Pemilik kucing berkenaan, Encik Mohmad Shah Tamyis, 52 tahun, berkata beliau tidak sangka kucing kesayangannya turut menjadi mangsa dan buruan pihak tidak bertanggungjawab selepas terpengaruh dengan kisah yang disebarkan sejak kebelakangan ini.

‘Sebelum ini, saya difahamkan ada kucing ditangkap dan diserah kepada polis kerana dipercayai jelmaan penyamun yang mengamalkan ilmu hitam.

‘Mengikut cerita itu, penyamun terbabit dipercayai bertindak demikian kerana memenuhi kehendak melengkapkan ilmunya sebelum malam Jumaat.

‘Namun, akibat sikap penduduk yang terlalu taksub dengan cerita tersebut, kucing kesayangan saya, Pussy, yang berusia enam bulan menjadi mangsa,’ katanya.

Menurut Encik Mohmad Shah, beliau hanya menyedari kejadian itu apabila mendengar kekecohan berlaku di luar rumahnya.

‘Penduduk percaya ia kucing jadian kerana matanya merah ketika terkena pancaran lampu suluh. Berikutan itu, ia dipukul kira-kira 18 remaja lelaki tanpa belas kasihan.

‘Akibat kejadian itu, ia mengalami luka di beberapa bahagian tubuh dan trauma setiap kali bertemu orang.

‘Saya terkilan melihat keadaan kucing kami, orang ramai sepatutnya bersikap waras dan tidak taksub dengan perkara karut yang belum tentu kesahihannya,’ katanya.

Sementara itu, Timbalan Pengerusi Persatuan Binatang Peliharaan Bahtera Noah, Cik Mariam Yusof, berkata tindakan memerangkap kucing yang dianggap jelmaan adalah tidak munasabah dan tidak berperikemanusiaan.

Katanya, penduduk tidak harus bertindak sedemikian dan dinasihatkan menghentikan perbuatan itu.

‘Sebelum ini, saya dengar ada seekor kucing ditahan di lokap dan badannya dikatakan panjang, saya tidak menafikan kemungkinan ia kucing hutan dan bukan jadian,’ katanya.

**************************************************************

Pendapat aku?

1. Manusia semakin lama semakin tahyul dan kejam. Mungkin akibat dari kesan teknologi yang terlalu cepat naik, maka masyarakat Malaysia khususnya kemarau dengan pengisian mistik. Ni pendapat aku je la. Aku mmg suka bab2 psikologi nih.

2. Mata kucing merah apabila terkena lampu suluh bermakna kucing tu kucing jadian? Nak cakap bodoh kang marah lak, tapi warna merah tu datang dari pembalikan cahaya dari retina mata. Mata kucing mempunyai lapisan pembalik cahaya spesel yang dipanggil ‘tapetum lucidum’ yang berfungsi seakan2 cermin kat bahagian belakang mata mereka. Sebab tu bila mata kucing disuluh pada waktu malam, ia akan membalikkan cahaya terang dan berwarna merah. Keymon la people, cari fakta dulu yer.

3. 18 remaja lawan seekor kucing? No komen.

4. Kucing tu diberi nama Pussy? Lagi laaaa no komennnnnn!!!!!!

Chow!!

It’s A Strange Strange Animal World.

31 Mei 2011 – 8.46 am

Kali ni aku takde ape2 citer nak story pown adui aih! Tapi saje je nak kongsi beberapa fakta ttg haiwan yang mungkin korang tak tau (sebenarnya aku pun tak tau).

– Siput ade 4 hidung – sepasang untuk bernafas dan sepasang lagi untuk menghidu.
– Lebah madu mempunyai rerambut kat bahagian mata utk mengumpul debunga.
– Kaki kiri seekor ayam lebih lembut dan sedap dimakan dari kaki kanan.
– Saiz sperma tikus lebih panjang daripada sperma gajah.
– Kematian manusia disebabkan kutu lebih banyak berbanding kematian akibat peperangan.
– Kucing menggunakan misainya utk mengenalpasti sama ada sesebuah ruang tu terlalu kecil utk dimasuki.
– Burung Albatrosses hanya mendarat beberapa tahun sekali untuk mengawan.
– Dolfin tidur dengan membuka sebelah matanya.
– Kalau korg angkat ekor kanggaru dari tanah, ia tak boleh melompat.
– Nisbah bagi seorang manusia dgn jumlah serangga ialah 1 : 200,000,000
– Kebanyakan hamster mengelip mata sebelah saja pada satu2 masa.
– Burung flamingo hanya boleh makan dalam keadaan kepalanya terbalik.
– Rama-rama merasa menggunakan kaki belakangnya.
– Siput (lagi) leh tidur selama 3 tahun.
– Gajah adalah lebih ringan berbanding lidah paus biru.
– Hanya 2 haiwan yang boleh melihat belakang mereka tanpa perlu memusingkan kepala; arnab & burung kakak tua.
– Haiwan terakhir dalam kamus ialah Zyzzyva, iaitu seekor kumbang.
– Gajah boleh berenang.
– Burung kiwi buta.
– Zirafah takde vocal cord.
– Seekor tiram betina menghasilkan 200 juta anak sepanjang hayatnya.
– Nyamuk tertarik kepada warna biru.
– Ayam pernah terbang paling lama sehingga 13 saat.
– Beruang boleh berlari sepantas kuda.
– Kutu betina (kutu lagi?) minum darah 15 kali ganda dari berat badannya sehari.
– Zirafah melahirkan anak dalam keadaan berdiri.
– Jantung landak berdegup 300 kali dalam seminit, manakala paus biru pula 6 kali dalam seminit.
– Buaya takleh reverse.
– Ikan emas leh hidup sehingga 41 tahun.
– Udang kara (lobster) memerlukan masa 7 tahun utk membesar sebanyak 1 paun.
– Kucing betina mampu melahirkan 20, 736 anak dalam masa 4 tahun.
– Penyu boleh bernafas melalui bontotnya (erk!).
– Starfish takde otak (Patrick dlm SpongeBob).
– Kelapa lebih banyak membunuh manusia dari jerung.
– Lidah zirafah adalah sepanjang 21 inci.
– Ikan jerung imun terhadap kanser.
– Bunyi ‘quack’ itik takleh bergema. Tak sape tau nape.
– Ular mampu melihat walaupun matanya tertutup.
– Gajah makan 23 jam sehari.
– Duit syiling lebih berat dari burung madu.
– Lalat capung hidup sehari je. Penyu lak melebihi 100 tahun.
– Kanggaru pun takleh reverse.
– Burung flamingo berwarna pink sebab byk sgt makan udang.
– Nenek moyang kanggaru hidup kat atas pokok.
– Ular takkan berhenti membesar selagi ia hidup.

Ok.

Chow!!

Electrifying Truth.

30 Mei 2011 – 8.28 pm

Aku nak citer sket pasal kenaikan tarif elektrik ni sbb aku rasa ramai yang tak berapa paham….

Pada 1 Jun 2011 (esok), bermulalah hari dimana tarif elektrik dinaikkan sebanyak 7.12 peratus iaitu daripada 31.31 sen/kWj kepada 33.54 sen/kWj. Namun begitu, Bernama melaporkan bahawa tarif baru ni takkan memberi impak ke atas pengguna domestik yang menggunakan kurang daripada 300kWj.

Tapi harus diingat, tarif baru ni hanya akan dikenakan ke atas pengguna dari sektor industri dan juga komersial sahaja. Manakala pengguna di rumah yang menggunakan 300kWj ke bawah, tidak akan dikenakan tarif tambahan ni. Maknanya ‘kadar’ yang dikenakan ke atas kita masih maintain 0.218 selagi kita guna bawah 300kWj. Kecuali jika pengguna tersebut menggunakan melebihi 300kWj sehingga 1000kWj, baru mereka akan dikenakan tarif baru ni dan kadar bayaran dalam bil elektrik mereka akan meningkat antara 7 sen sehingga ke RM30.30. Kalau diorg guna lebih dari 1000kWj (rumah diorg ade pawagam kot), maka banyak la kenaikan yg diorg kena bayar.

Macam mana nak kira sedangkan dalam bil mana ada tunjuk kadar penggunaan dari segi kWj? Ok, setelah aku memusingkan kepala otak aku utk mencari cara pengiraan (rupanya sgt senang. Membazir je aku guna formula ala2 add math vagaih), sebenarnya kalau korang tengok dalam bil letrik tu, ada tulis ‘kadar’ (yang aku bulat merah kat atas tu). Dalam bil kita, ada tunjuk kadar 0.218. Jumlah tu ialah jumlah setelah tolak subsidi kerajaan. Ok, sekarang tukarkan kadar tu dari 0.218 ke 0.335, dan darabkan dgn jumlah penggunaan (unit) spt yg dalam bil tu. Jeng3!! Dah dapat jumlah bayaran yg perlu dibayar. Tapi ni hanya utk mereka yang menggunakan melebihi 300kWj yer..

Jadi untuk mengelakkan kenaikan tarif tu dikenakan ke atas kita, haruslah berjimat cermat dalam menggunakan tenaga elektrik. Antara petua menjimatkan elektrik, ade aku bagi dalam Cakna Ilmu keluaran Februari. Ye, staf2 PMS sekalian, Cakna Ilmu yang dikatakan membazir kertas dan membazir dakwat itulah yer. Sampai skrg aku masih berkecil hati dgn statement itu yer. Harap maklum…. Kat bawah ni merupakan petikan Cakna Ilmu tu. (Kalau tak nampak, klik je kat pic tu. Ada versi yg besar gehtoooo).

Ok. Cukup lah utk kali ni. Mari sama2 berjimat supaya tak perlu bayar bil letrik.

Eh jap, aku lupa nak bagitau yang subsidi kerajaan yg memansuhkan bayaran terhadap penggunaan di bawah RM20 tu akan berakhir Disember ni ye. So mulai Januari tahun depan, kalau bil kita RM3.65 sekalipun, kita tetap kena bayar. Sekian.

Chow!!

So Good You Can Even Eat It At The Accident Site.

30 Mei 2011 – 5.34 pm

Kalau sebelum ni orang berpusu2 utk berebut beras ‘free’ masa ada lori beras terbalik, kali ni kita menyaksikan pula orang berebut2 utk mengambil roti yang bertaburan setelah lori yang membawa roti2 tersebut terbalik kat Setiu, minggu lepas.

Even masa tu tengahari terik ngan cuaca panas, dan sekalipun masa tu media dah ada kat situ, org2 (sesetengah je la kot) kat situ tanpa segan-silu terus mengutip roti2 yang bertaburan seolah2 org2 yg berebut makanan kat Kenya. Ada pulak yg siap bawak plastik besar2 utk isi roti2 tu.

Org2 yg kutip tu cakap, driver lori tu, Mustapha Abdul Rahman, 54, yang tak mengalami kecederaan, yang bagi kebenaran untuk ambik roti2 tu semua. Tapi aku nak tanya sket, roti2 tu milik dia ke? Kalau betul roti2 tu milik dia, ok la, dia ada hak utk bagi roti2 tu kat org ramai.

Tapi biasanya driver lori hanya bekerja utk kilang2 yang mengeluarkan produk utk dihantar ke destinasi. Maknanya (takde maknenye) roti2 tu adalah milik kilang. Jadi jika roti2 tu milik kilang, dan sekiranya tauke kilang tak redha org2 tu ambik roti dia, bukankah roti2 tu akan jadi HARAM hukumnya untuk diambil sesuka hati?

Adakah orang2 yang ambil roti2 tu sedar ttg perbuatan mereka adalah seolah2 mencuri? Malah, boleh dikira mereka mencuri dari orang yang ditimpa bencana. Bukankah itu sangat kejam? Hanya kerana roti yang berharga 60 sen, mereka sanggup melupakan soal hukum. Even aku yang tgh takde duit ni pun takkan terfikir utk ambik benda yang bukan hak milik aku sepenuhnya…

Aku cuba berprasangka baik, iaitu berpendapat bahawa driver tu dah call tauke dia, dan tauke dia pun membenarkan roti2nya diambil oleh org ramai. Kalau itu yg betul2 berlaku, baguslah. Tapi kalau bukan itu yang berlaku………………………………..

Chow!!

Congratz Mentor 5!

30 Mei 2011 – 11.47 am

Untuk pertama kalinya, aku tak guna title yg klisé untuk post aku. Bukan sebab pe, just aku nak cakap secara terang2an tahniah kat Salma yang menang Mentor malam tadi. So macam biasa sebagai juri tak bergaji, aku nak bagi pendapat aku sket. Silakannnnnn…..

Pada malam tadi iaitu 29 Mei 2011 jam 9.00 malam, berlangsungnya konsert akhir Mentor 5 di Stadium Melawati, tapi aku tgk live kat rumah je. Huhu. Setelah berhempas-pulas selama 3 bulan, akhirnya perjuangan 3 protegé iaitu Salma, Shiha dan Iqa sampai ke penghujungnya. Untuk konsert final ni, 3 protegé telah dipilih, dimana ianya agak berbeza dgn musim2 yg lepas iaitu 2 protegé je. Tapi tu semua hanya drama je, sebab kalau korang ade baca post aku yg lepas, mesti tau sebabnya.. Ngeeeeee…

Pembukaan konsert final diserikan (ke?) dgn nyanyian oleh protégé yang dah tersingkir iaitu Aiman, Ayish dan Ratnah. Bila dgr diorg nyanyi, mmg layak la tersingkir. Lain la klu diorg masuk AF, baru la ade peluang utk menang kot. Persembahan diorg disertai oleh kumpulan Hujan (yang juga menyanyi secara fail). Kemudian tibalah masa untuk persembahan finalis2. Persembahan dimulakan oleh Salma.

Salma

Lagu pertama Salma ialah killer song dia, iaitu Listen, nyanyian Beyoncé. Kawalan low notes Salma ada sedikit tak smooth dan juga diction beberapa perkataan juga tak tepat. Tapi bila masuk part tinggi, Salma mula menunjukkan kebolehannya dan apabila sampai di penghujung lagu, terdapat sedikit perubahan note dimana diorang naikkan lagi key, dalam 2 octave kot, dan Salma begemerlapan dengan key yang jarang2 orang dapat capai. Nyanyian Salma menaikkan bulu roma.

Lagu kedua Salma pula adalah secara berduet dengan seorang artis tanah air yang memang tak dapat dinafikan kehebatannya, iaitu Jaclyn Victor. Gabungan antara lagu Cinta ngan lagu Rindu betul2 menunjukkan kemantapan vocal Salma dan Jac. Yang penting, Jac tak overshadow Salma dalam nyanyian diorang. Kawalan low note Salma dalam lagu Cinta perfect kali ni. Proses switching antara head voice, chest voice dan falsetto Salma juga sangat dinamik.

Lagu ketiga Salma pula adalah sebuah lagu baru yang berjudul Aku Permata. Pada pendapat aku la, aku rasa lagu ni sangat2 tak sesuai ngan vocal Salma. Walaupun part tinggi dalam lagu ni dapat dibawa oleh Salma ngan baik, tapi tak dapat rasa ‘feel’ dari nyanyian Salma.

Shiha

Lagu pertama yang dinyanyikan oleh Shiha ialah lagu Kisah Hati, nyanyian Alyah. Kawalan low note Shiha mmg power, tapi bila tiba part tinggi, kedengaran spt Shiha sangat struggle utk mencapai note tu sehingga kadang2 dia terpaksa menggunakan falsetto. Suara Shiha juga agak tenggelam oleh muzik yang agak kuat, sebab bila part muzik slow, barulah kedengaran dgn jelas suara Shiha.

Lagu kedua Shiha ialah lagu Ghazal Untuk Rabiah dan Balqis. Kali ini, Shiha bergandingan dgn Black, iaitu Juara Mentor musim2 yang lepas. Kekuatan Shiha mmg pada lagu2 tradisional, jadi mmg persembahan Shiha kali ni sangat baik. Cuma apabila didengar lenggok alunan suara dan juga gaya tarian Shiha, kelihatan seperti Dato’ Siti sangat. Agak ironi sebab Shiha adalah protégé kepada Kak Pah, dan semua org tau yg Kak Pah tak suka Siti.😛 Tapi dalam persembahan kali ni, kedengaran spt vocal Black lebih menyerlah dari Shiha.

Lagu terakhir Shiha pula ialah lagu baru iaitu berjudul Bila Bertemumu. Lagu ni aku rasa sangat sesuai ngan vocal Shiha sebab lagu ni menyerlahkan kelebihan vocal Shiha dan menutup kekurangan dia. Alunan muzik dan lirik juga baik. Ajai yang buat lagu ni, so of kos la kan (walaupun aku tak suka Ajai sbb berlagak).

Iqa

Persembahan pertama Iqa adalah lagu Ku Mohon, oleh Sheila Majid. Untuk persembahan yg ni, Iqa yang merupakan ratu gimik, telah menyanyikan lagu ni tanpa gimik. Jadi kat sini boleh nampak sejauh mana kekuatan vocal Iqa, dan terus terang aku cakap yang vocal Iqa ni tak seberapa. Takde apa yang special pun ttg persembahan ni. Penghayatan lagu juga tak dapat dirasai. ZERO.

Untuk lagu kedua, Iqa kembali dgn gimik. Artis pilihan untuk berduet bersama Iqa bukan calang2. Faizal Tahir kaooooo!! Seperti dalam konsert semi-final yang lepas, Iqa (dan Edry) menggunakan gimik video sebelum persembahan. Kali ni, konsepnya ialah Iqa datang dari masa depan menggunakan mesin masa untuk membuat persembahan kat pentas Mentor. Ntah hape2 la gimik tu. Masa persembahan, takde signifikan pun ngan gimik tu. Aku tak tau nak taip apa, sebab aku rasa takde apa yang boleh dipuji ttg persembahan ni.

Lagu terakhir Iqa juga lagu baru, iaitu lagu ciptaan Edry yg berjudul Di Penghujungnya. Sebelum persembahan, Edry mengumumkan yang setiap dari juri awam akan menerima CD untuk single Iqa ni. Teknik memancing undi yang agak keji, seiras taktik memancing undi dalam politik Malaysia. Lagu ni juga sesuai ngan vocal Iqa, tapi aku mintak maaf la sbb bagi aku, lagu ni takde keistimewaan langsung. Tak sedap lahhh!!

Selepas semua buat persembahan, diumumkan markah dari juri2 awam terlebih dahulu. Juri2 (tandas) awam telah memberikan 16 markah kepada Salma, 17 kepada Shiha dan markah penuh 20 kepada Iqa. Tak tau la atas kriteria apa markah2 tu diberikan, sebab nampak jelas bukan vocal yang diberi keutamaan. Selepas beberapa iklan dan persembahan yang sia2, akhirnya tibalah masa untuk mengumumkan keputusan keseluruhan, iaitu gabungan markah2 dari juri (tandas) awam, juri professional dan juri penonton (SMS).

Setelah dikira, akhirnya yang menjadi juara Mentor 5 adalah Salma, dengan markah yang amat tinggi iaitu 85 markah. Nasib baik juri professional dan juri penonton tidak bodoh seperti juri2 awam. Akhirnya orang yang layak menang, telahpun menang! Shiha menduduki tempat kedua dengan 63 markah, dan Iqa tempat ketiga dengan 56 markah. Salma berjaya merangkul wang tunai RM100,000 dan sebuah kereta (Chevrolet ape tah) dan Mentornya iaitu Erra mendapat wang tunai RM100,000. Tahniah Salma dan Erra!

Ok, ini je sepatah dua pendapat aku utk mentor final. At least aku berpuas hati dgn persembahan2 dari protégé yang bertanding dan juga aku berpuas hati dgn keputusan.🙂

Chow!!

Indoor Umbrella, Anyone?

29 Mei 2011 – 4.02 pm

Pada 18 April 2011 yang lepas, hujan yang sangat lebat telah melanda pekan Muadzam Shah sehingga menyebabkan banjir di sesetengah kawasan. Tapi banjir lite2 jer la. Tapi hujan kali membuatkan kitorang kat opis JPA sedar yang terdapatnya kebocoran di pejabat kitorang tu. So dengan berlakunya kebocoran tu, dapat la kitorang report kat UPP. Kalau tak, sampai bila pun tak tau ttg kebocoran tu. Ni antara pic2 yang aku sempat snap (kalau nak tengok pic yg jelas, just klik je kat pic2 tu k) :

Air keluar melalui celah2 siling dan lampu. Menakutkannnn..

Siling dah start basah. Takut siling runtuh je masa tu.

Air dah mula bertakung kat lantai.

Rina yang berjalan sambil mengelak2 air yang mencurah.

Tadah air guna bakul sampah je..

Oleh sebab kena air hujan, Lynnie pun keluarkan payung pinknya sambil nyanyi lagu Umbrella oleh Rihanna..

Bocor kat banyak tempat, tapi bakul sampah tak cukup..

Diva sangat!!

Tak cukup bakul sampah, tong sampah pun jadi tempat tadah air..

Air dah membanjiri JPA. Eh, kaki sape yg cantek tuuuu?

Siling kat dalam bilik utiliti yg dijadikan surau. Habis telekung ngan sejadah basah.

Sila dudukkkk..

Mesin fotostat sket lagi nak kena air.

Kat tingkap pun dah masuk air..

Setelah barang dipindahkan dari bilik utiliti.

So lepas berlaku banjir tu, kitorg pun report kat UPP, dan diorg akan report kat kontraktor. Tak tau la kontraktor dah repair atau belum. Kalau nak tau dah repair, kena tunggu hujan lebat lagi la.. Tapi mase ni mmg hujan sgt lebat, sampai tempat parking belakang opis aku pun banjir. Seb baik sempat pindahkan kete. Kalau tak, kompem kete aku dah jadi bot sekarang neh. Huhu..

Chow!!

Another Birth-Day to Add.

29 Mei 2011 – 3.31 pm

Baru aku sedar rupanya dalam hp aku byk pic2 mase sambut besday kengkawan. So kali ni aku nak update pasal satu lagi sambutan birthday yang surprise giler2 tak hengat, iaitu besday Kak Fida. Majlis ni diadakan pada 18 April kat umah Manjer. Kitorang mmg rancang nak surprisekan Kak Fida neh, so plan buat kat rumah Manjer bkn sebab pe, sbb kitorg mmg selalu lepak rumah Manjer utk makan2 dan tgk movie.

So plan kitorang kali ni senang je. Kitorang masak2 kat rumah Manjer, dan pada masa yang sama Manjer lak g jemput Kak Fida dtg rumah utk temankan dia g mekap orang (kononnya). Bila Kak Fida dtg rumah, kitorang tutup lampu sampai gelap gelita rumah tu. Seb baik Aaqif (anak Azri aka Kaki Wayang) tak nangis sebab gelap. Bila Kak Fida masuk je, kitorg pun ramai2 nyanyi lagu besday. Best tgk Kak Fida terkejut, sampai dia nak keluar balik dari rumah tu. Haha!!

So ni antara pic2 yang sempat di snap pada malam tu.

Malam tu Chef kitorg iaitu Azri bercadang nak masak spagheti, so kitorg pun tolong je dia masak. Manjer ditugaskan sebagai pemotong cendawan butang.

Taufiq lak ditugaskan utk potong bawang. Sian, sampai berpeluh2. Airmata jgn cakap la. Huhu..

Chef tengah masak kuah spagheti. Kuah tu dia guna Prego je, tapi diberikan sentuhan kemelayuan, so jadi agak berempah dan pedas..

Sambil masak sambil promote produk Dr Rozmey katernyer..

Ni spagheti yg kitorg guna. Sape yg ditugaskan utk melembutkan spagheti tu?….

Aku la.. Sape lagi.. Sempat snap pic sendiri lagik!!

Yg ni setelah kuah spagheti siap. Manjer ngan Ita dok menjilat kuali tu sampai licin. Sedap sangat katernyerrr..

Sekarang bila kuah spagheti dah siap, kena la goreng lauk2nya pulak.. Tugas sape lagi kalau bukannn…….

Aku la jugakkkk!!!

Ni kek yang dioder oleh diorang..

Hidangan dah pun siap. Kuah tu tak cukup.. Huhu..

Besday gegurl yang nak potong kek. Thanks Taufiq ambik pic nih..

Sambil makan, sambil tengok movie dan borak2. (Aku dah takde idea nak taip ape ni weh!)

Chow!!

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.