where my dreams linger………

Music Heals Faster Than Time…

12 April 2011 – 12.39 pm

Dalam blog aku sebelum ni yang bertajuk Severely Scarred Civic, aku ada cerita serba sedikit ttg kelas muzik yang aku join. So kat sini aku akan terangkan dengan lebih jelas ttg kelas tersebut.

Pada 10 April (Ahad) lepas, aku telah pergi ke KL untuk menyertai satu kelas yang dianjurkan oleh Yayasan Kesenian Kebangsaan (National Conservatory of Arts) yang bertempat di 333, Persiaran Ritchie Off Jalan Ritchie, KL.
Yayasan tersebut merupakan sebuah NGO yang menyokong pendidikan kesenian melalui promosi tempatan dan penglibatan komuniti.

Mereka menawarkan kelas muzik dan tarian dari arena moden ke tradisional pada setiap hari. Kelas yang aku ambik iaitu kelas vokal (lebih kepada teknik nyanyian koir) dan kelas gitar diadakan pada setiap hari Ahad, dari 10 pagi hingga 5 petang. Bayaran adalah RM10 bagi setiap kelas yang diambil dan bayaran tersebut merangkumi sesi pembelajaran selama 32 jam (4 jam seminggu, selama 8 minggu berturut-turut).

Kelas yang aku ambik dimulakan dengan kelas gitar dan diikuti dengan kelas vokal. Aku ni sebenarnya langsung tak pandai main gitar. Giler, pegang gitar pun aku tak reti occayy! Jadi sebagai new comer, aku rasa sangat susah untuk belajar 4 chord basic yang diajar pada hari itu. Dari 6 orang yang hadir untuk kelas gitar pada hari tu, 3 orang merupakan pelajar baru. Tapi dari 3 orang tu, aku sorang je yg langsung takde basic. Maluuuuunyeeeeeee~~~ Tapi nak belajar punya pasal, aku terpaksa ketepikan perasaan malu tu. Ni pic mase kelas tu. Mase ni cikgu dah bagi penerangan, so dia tinggalkan kitorg utk praktis sendiri.

Terkial-kial belajar pegang chord, dan yang paling susah ialah transition dari satu chord ke chord yang lain.

Lepas kelas gitar, kitorang g lunch dan lepas lunch tu barulah sambung kelas vokal. Sebelum join kelas ni, aku ingat dalam kelas ni cikgu (Mr Shue) akan ajar teknik menyanyi ke, teknik bernafas masa menyanyi ke, tapi rupanya tidak. Kelas ni sebenarnya untuk ajar cara menyanyi koir. Setiap orang di’audition’ oleh Mr Shue iaitu dengan menyanyi ikut keyboard. Oleh sebab dalam kelas vokal tu ada 2 orang je yang baru masuk iaitu aku dan sorang lagi, jadi kitorang pun diaudition. Punya la nervous masa tu.. Huhu..

Mula2 student perempuan tu audition dulu. Dia leh nyanyi agak tinggi, dan masa part key tinggi tu, dia guna suara falsetto dia. Jadi Mr Shue tanpa teragak2 terus masukkan dia dalam part Soprano. Tiba pula turn aku. Oleh sebab aku taknak masuk part Soprano, jadi aku pun nyanyi ikut key keyboard tu guna chest voice je, sampai la part yang paling tinggi yang aku leh capai. Lepas audition, Mr Shue pun masukkan aku dalam part Alto.

Alto? WTH?!

Sebenarnya aku harap dapat masuk part Tenor mcm Afiq, tapi dapat Alto pulak. Aku tak gemar part Alto ni sebab aku kena nyanyi guna key yang lain daripada part2 yang lain. Bagi yang tak berapa faham, dalam 4-part koir, ada 4 part dan part2 tu terdiri daripada Tenor, Alto, Soprano dan Bass, dengan susunan dari yang paling tinggi ke paling rendah. Alto merupakan part kedua tertinggi. Walau begitu, Alto merupakan part yang paling tinggi dalam part kontra kepada Tenor. Tenor akan menyanyi ikut melodi asal, manakala Alto, Soprano dan Bass akan menyanyi secara kontra dari melodi sebenar bagi mewujudkan 4-part harmoni. Apa yang susah ttg Alto ni ialah, penyanyi Alto perlu menyanyikan melodi lagu yang sangat berbeza dengan key Tenor, Soprano dan Bass. Dah la masa tu ada 2 orang je Alto, jadi sangat susah kitorg nak saling membantu dalam mencari key yang betul. Asyik terikut Tenor atau Soprano je.

(Sori ye, xde pic utk kelas vokal. Photographer iaitu Cliff tengah busy ngan kelas biola dia mase tu)

Itulah serba sedikit ttg kelas yang aku pegi tu. Buat sementara ni aku terpaksa pinjam gitar Ajip sebab takde duit nak beli gitar baru.. Huhuhu.. Dan untuk pegi ke kelas tu tiap2 minggu pun perlukan belanja gak. Jadi dalam masa 2 bulan ni, tak dapat la aku nak berfoya2 sangat.. Lite2 je.. 😛

Tapi nasib baik kat Muadzam ni ade gak cikgu gitar aku yang leh ajar aku sket2 iaitu Azri. Dia ni dah hebat sangat main gitar.. Tak perlu tengok tali pun.. Bila la aku mampu jadi sehebat dia ek? Huhu….

Chow!!

Advertisements

5 responses

  1. Hebatnyerrr mr azri tu..hebatlah sangat..padahal perlukan pembelajaran lagi..kalau banding ngan adk aku c azmil tu..yg blajar lg terbelakang dr aku..dia lg terer dr aku..bab menggoreng kat gitar pown aku kalah..tp klu stkt polimuadzam..aku rs aku la ug pandai menggoreng dr sesape pon..kekekeke..jeleslaaa korang..

    April 12, 2011 at 2:08 pm

    • Memang hebat pownnnnn!!! nanti jgn lupa buat persembahan akustik mase konvo ye, sama2 ngan aku.. harap2 masa tu aku dah pandai main gitar..

      April 12, 2011 at 2:11 pm

  2. yoursymbian

    Dan masa tu ko yg mainkan lagu tu k..ko main gitar aku nyanyi..lagu kamelia macam budak nyanyi kat Poly Idol hari tu..

    April 13, 2011 at 10:13 am

    • tak best la lagu tu..

      April 13, 2011 at 12:11 pm

  3. Pingback: A Few Chords More… « the dream yard

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s