where my dreams linger………

Flooded Memories…

13 April 2011 – 9.03 am

Masa aku dok belek2 handphone2 aku yang murah tu, aku masuk dlm galeri dan tgk gambar2 lama yang aku pernah snap.. Godek punya godek, aku terjumpa beberapa gambar yang membuatkan aku terfikir utk menulis ttg gambar2 tersebut..

Semasa di penghujung Monsun yg lepas, lebih kurang dalam awal bulan 3 yg lepas, hujan telah turun kat kawasan Muadzam Shah terchenta ni tanpa henti selama beberapa hari. Untuk pengetahuan, Muadzam Shah pernah terputus hubungan dengan dunia luar masa dilanda banjir beberapa tahun yg lepas (tapi masa tu aku tak keje kat sini lagi) apabila Jalan Ladang Hwali, Jalan Ladang Trading dan Jalan Kampung Baru Bukit Ibam di Bera terpaksa ditutup kerana dinaiki air.

Mujurlah hujan yang turun masa bulan 3 tu tak menyebabkan Muadzam Shah terputus hubungan lagi. Tapi hujan tu telah menyebabkan sesetengah kawasan dalam Politeknik Muadzam Shah ni dinaiki air hingga ke paras yang agak membimbangkan. Ni antara gambar2 yang aku sempat snap :

Banjir di Pusat Islam. Perhatikan yang pelantar yang ada pelampung tu dah hampir terbalik.

Masih di Pusat Islam. Sebenarnya kat depan PI ni ada tasik, dan kat sekeliling tasik tu ada pedestrian walk. Tapi kat gambar ni langsung tak nampak. Org bertiga tu (Taufiq, Zamri & Jali) bukan tgh tangkap ikan ye. Tapi diorg tgh bersihkan kangkung liar yang tumbuh subur..

Cantik gak walaupun banjir. Huhu..

Bangunan ULPL dan Hospitaliti kat sebelah PI.

Kat jabatan aku iaitu Jabatan Pengajian Am (JPA) pun tak terkecuali dari tempias banjir tuh. Tapi yg ni leh dikira bukan banjir, tapi lebih kepada sistem saliran yang teruk.

Sistem perparitan yang tak sempurna menyebabkan air hujan tak dapat mengalir keluar. Bertakung kat longkang.

Air dah mula naik.

Air semakin menghampiri ke pintu makmal bahasa yang aku jaga.

Hujan makin lebat dan air makin naik.

Now, kenapa aku risau sangat air naik sampai ke makmal? Sebabnya :

Bila bukak pintu makmal, nampak tak plug elektrik kat mana? Tak nampak? Takpe, aku besarkan lagi gambar….

Dah nampak? Tak nampak gak? Besarkan lagi la..Sekarang dah nampak? Yup, aku risau sebab plug tu kat bawah lantai. So kalau air masuk, memang terus akan pergi kat plug2 tu dulu. Setiap meja komputer ada plug, so klu nak selamatkan mmg tak dapat.

Tapi Alhamdulillah, air tak sempat nak masuk ke makmal, hujan dah berhenti. Tapi tak tau la pulak masa akan datang. Mana tau tetibe hujan mencurah2 lagi kan. Ok la, tu je.

Chow!!

Advertisements

5 responses

  1. yoursymbian

    1. Murahnyewww henpon yang menye’nap’kan gambar ni sume
    2. aah dulu lebih kurang 2006/2007/2008 (xingat bila) ada sekali tu hujan turun xhenti2..so Muadzam Shah terputus hubungan ngan dunia luar..nak kene g keratong, segamat atau ke arah selatan dan N9 memag xlepas..kecuali Naik Bot dan Jalan kaki ke sume tempat yg aku nyantakan tadi..macam dekat jorhhh..dah lah kene bayar pla tu klu guna bot penambang..keji..amik kesempatan btol..
    -jalan ke Kuantan ke sebelah pantai timur pon xleh sbb sampai je kat sebelom chini ada 1 jambatan tu putossss aka runtoh..so xleh nak g Kuantan..staf2 poli yg dari Kuantan xleh nak g keje..dapat cuti freee..
    4. Bior kene komputer kat makmal tu..bila dah kene baru dorg akan g check parit2 & longkang2

    April 13, 2011 at 10:07 am

    • 1. Murah ler klu dibandingkan ng HP ko..
      2. Tu la.. Aku tau pun sebab ade org cerite..
      3. Giler ko! Kang nama aku naik lagi dalam mesyuarat & perhimpunan!

      April 13, 2011 at 12:10 pm

  2. Pingback: Sekali lagi.. « The Informations

  3. princess scha

    yup…
    kt cni pnh bnjir..
    n anywy thnkz cik..
    syer pon ader kt c 2..

    April 22, 2011 at 12:18 am

    • owh, ade ke mase banjir besar dlu tu?

      April 30, 2011 at 9:17 am

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s