where my dreams linger………

simply yazidy

It’s Migrating Time.. Or Is It Not?

1 Jun 2011 – 2.20 pm

Aku nak tukar balik blog aku ni ke blogspot, jadi aku harap sesape yg follow aku kat sini, leh follow aku kat situ yer..

http://theplainyard.blogspot.com/

Harap korang tak marah yer ngan perubahan ni.. Bkn pe, aku nak tiru kwn2 yg lain.. WordPress agak terbatas lah..

Chow!!


Another Birth-Day to Add.

29 Mei 2011 – 3.31 pm

Baru aku sedar rupanya dalam hp aku byk pic2 mase sambut besday kengkawan. So kali ni aku nak update pasal satu lagi sambutan birthday yang surprise giler2 tak hengat, iaitu besday Kak Fida. Majlis ni diadakan pada 18 April kat umah Manjer. Kitorang mmg rancang nak surprisekan Kak Fida neh, so plan buat kat rumah Manjer bkn sebab pe, sbb kitorg mmg selalu lepak rumah Manjer utk makan2 dan tgk movie.

So plan kitorang kali ni senang je. Kitorang masak2 kat rumah Manjer, dan pada masa yang sama Manjer lak g jemput Kak Fida dtg rumah utk temankan dia g mekap orang (kononnya). Bila Kak Fida dtg rumah, kitorang tutup lampu sampai gelap gelita rumah tu. Seb baik Aaqif (anak Azri aka Kaki Wayang) tak nangis sebab gelap. Bila Kak Fida masuk je, kitorg pun ramai2 nyanyi lagu besday. Best tgk Kak Fida terkejut, sampai dia nak keluar balik dari rumah tu. Haha!!

So ni antara pic2 yang sempat di snap pada malam tu.

Malam tu Chef kitorg iaitu Azri bercadang nak masak spagheti, so kitorg pun tolong je dia masak. Manjer ditugaskan sebagai pemotong cendawan butang.

Taufiq lak ditugaskan utk potong bawang. Sian, sampai berpeluh2. Airmata jgn cakap la. Huhu..

Chef tengah masak kuah spagheti. Kuah tu dia guna Prego je, tapi diberikan sentuhan kemelayuan, so jadi agak berempah dan pedas..

Sambil masak sambil promote produk Dr Rozmey katernyer..

Ni spagheti yg kitorg guna. Sape yg ditugaskan utk melembutkan spagheti tu?….

Aku la.. Sape lagi.. Sempat snap pic sendiri lagik!!

Yg ni setelah kuah spagheti siap. Manjer ngan Ita dok menjilat kuali tu sampai licin. Sedap sangat katernyerrr..

Sekarang bila kuah spagheti dah siap, kena la goreng lauk2nya pulak.. Tugas sape lagi kalau bukannn…….

Aku la jugakkkk!!!

Ni kek yang dioder oleh diorang..

Hidangan dah pun siap. Kuah tu tak cukup.. Huhu..

Besday gegurl yang nak potong kek. Thanks Taufiq ambik pic nih..

Sambil makan, sambil tengok movie dan borak2. (Aku dah takde idea nak taip ape ni weh!)

Chow!!


Fast-Blood.

29 Mei 2011 – 4.04 am

Kali ni, lagi sekali aku nak post pasal citer yg dah basi, iaitu yang dah berlaku lama dulu.. Benda ni berlaku mase hari pertama berpuasa untuk tahun lepas (2010). Tarikh hari tu ialah pada 11 Ogos 2010.

Oleh sebab hari tu merupakan hari 1st puasa, jadi aku pun ngengade balik kampung ptg tu sbb nak berbuka kat kampung, walaupun hari tu hari Rabu. So sah2 la sok paginya aku kena gerak balik opis lepas sahur. Tapi aku tak kira gak, sbb aku nak makan masakan mak aku utk berbuka. Huhu.

Nak dijadikan citer, masa aku tgh drive tu dan dah nak sampai kampung dah pun, aku terperasan ade sebuah kete ni datang dari arah depan. Kete tu nampak terhuyung-hayang je, so aku pun terus saspek yg driver kete tu mesti ngantok. Aku pun slowkan la kete aku.. Tapi makin lama, kete tu makin masuk ke lane jalan aku dan aku terpaksa masuk ke kawasan rumput kat tepi jalan tu utk mengelak dia. Tapi entah mcmane, bila dah dekat sangat tu, kete tu makin masuk ke lane aku dan akhirnya pertembungan pun berlaku, dan aku pun meninggal kat situ gak… Hish!! Tak la, kete tu terlanggar side mirror kete aku je.. Oleh kerana speed kete tu agak laju, jadi side mirror aku yg dilanggar tu pun bersepai dan oleh sebab aku tak tutup tingkap mase tu, habis serpihan2 cermin masuk kete aku.

Aku rasa driver tu tersedar masa dia terlanggar kete aku, so dia pun cepat2 pecut meninggalkan tempat kejadian. Aku stop kete aku jap utk tgk kot2 ade cedera lain kat kete aku selain side mirror. Bila dah sure takde pe yg berlaku, aku pun teruskan perjalanan. Tapi bila dah nak sampai kat umah aku, aku rasa mcm panas je kat bahagian leher dan dada aku. So aku pun jengah la kat cermin pandang belakang. Terkejut beruk makyeh aku bila tengok darah yang agak banyak mengalir keluar dari leher aku. Aku tak sedar darah tu sebab takde rasa sakit pun, mungkin sebab serpihan kaca yang terkena leher aku tu agak tajam.

So aku pun mula la panik (sebab aku ni takut darah) dan cepat2 drive sampai umah. Masuk je umah, family aku yg tgh dok depan makanan menunggu time berbuka terkejut dengar aku jerit “Tolong!! Eksiden! Cedera parah ni!!” Mase tu darah dah banyak keluar, dan habis baju putih aku (yang mahal) kena darah. Mak aku bukan main terkejut lagi sampai menjerit2. Kelakar lak aku tengok. huhu..

Aku pun terus bersihkan darah yg agak banyak tu, dan snap pic (sempat). Ni antara pic yg aku sempat snap:

Ni dah lepas bersihkan. Tapi darah masih tak henti2 keluar.

Habis baju kena darah.

Masih berposing ngan darah..

Ni lak pic side mirror aku yg dh berkecai.. Haha!!

Tu je pic2 yang aku sempat snap.. Nasihat utk kawan2, berhati2 di jalan raya yer.. Kalau ngantok tu, berhenti la kejap, tido dalam 10 minit.. Pastu mesti dh x ngantok dah.. Aku selalu wat camtu..

Chow!!


Deco Was, Deco Is…

28 Mei 2011 – 11.08 pm

Sejak berpindah ke kuarters ni, dapat la aku hias sket2 bilik aku menggunakan bajet yang ciput itewww.. Kalau sebelum2 ni, aku asyik dapat rumah yang tak macam rumah je kat tempat keje yg lepas2.. Dari rumah yang takde siling dan mcm rumah setinggan ngan kepanasan melampau, ke rumah yg just dpt bilik sebesar kubur, sehingga lah terpaksa tidur kat surau ofis.. Tapi sekarang baru dapat rasa duk rumah yang ‘normal’.. Hehe..

So sejak aku pindah masuk kuarters nih, aku mula la berangan2 nak hias2 sket, dan susun perabot yg sangat ‘banyak’ tu..

Ni antara design deco awal mase baru masuk bilik tu.. Just gantung gambar sket dan letak cadar hijau.. Ngan teddy bear.. Huhu..

Bila tgk balik pic ni, mcm simple n sweet lak kaler2 nih.. Huhu..

Katil yang dapat free dari kerajaan.. Hak Kerajaan Malaysia..

Ni kat sudut lain.. Bunga ngan pasu beli kat Living Cabin Kuantan, gambar kat kedai RM2..

Langsir lak beli dari Ikea.. Mase letak langsir ni dulu, org ckp leh nampak dari luar.. Hahaha!! Of kos laaaaa!! Meja hitam dan merah tu pun beli kat Ikea.. Murah gak, satu RM29.90 je..

Hahaha!! Mane la tak nampak dari luar, even kat luar yg gelap tu pun leh nampak dari dalam..

Beberapa bulan lepas pindah, aku pun beli sebuah TV yang sangat ‘mahal’.. Haha!! Toshiba Regza 32″. Then aku letak TV tu kat tempat aku letak katil tadi, dan katil tu aku ubah ke tempat lain, iaitu sebelah tingkap.

Langsir Ikea tu dah jadi langsir dinding.. Kakakaka!!

Then sebab langsir tu asyik tercabut, so cabut terus dan letak kat kepala katil.. TV tu lak jd penyelamat utk laptop sbg skrin gantian mase kat umah.. Maklum la, skrin laptop dah crack seribu..

Katil yang dah dipindahkan ke tepi tingkap dan dah ditukar cadar.. Mase beli ingatkan cadar tu kaler merah.. Rupanya purple.. Seb baik tak lari jauh sgt ngan kaler langsir.. Langsir kali ni tebal, so dah tak nampak dah dari luar.. Huhu..

Meja merah dan cermin tu pun beli kat Ikea gak tu..

Kerusi dipinjam dari meja makan kat dapur.. Haha!!

Ni pic terbaru yg diambil baru jap tadi.. Meja merah dah digantikan ngan rak. Langsir Ikea juga dah diletakkan kat kepala katil supaya tak nampak sangat ke’kayu’annya itu.. Yg lain same je.. Meja merah tu lak dah letak kat sebelah TV utk memudahkan letak barang2 utk laptop kat atas tu..

So, ni je la yg aku mampu nak hias bilik aku nih.. Kalau ade duit, mmg aku nak tambah mcm2 benda, tapi sbb tak mampu, so yg skrg ni pun dh ok kot.. Yg penting aku selesa.. Selesa ke? Nak beli tilam baru lahhh!!! Dah tenggelam!! Uwaaaa!!!

Chow!!


Maharaja Lawak = Drama King! (Week 9)

28 Mei 2011 – 3.26 pm

Pada malam tadi, Azri aka Kaki Wayang ajak aku makan malam kat umah dia (lagi). So dgn muka yg tak malu (sebenarnya aku malu sesangat) aku pun g rumah dia sambil bawak baju sebakul untuk tumpang washing machine rumah dia (lagi la malu). Lepas sumbat baju2 dalam washing machine fully automatic dia yang mahal tu, kitorg pun makan sambil tgk rancangan kegemaran Azri, iaitu Maharaja Lawak. Minggu ni adalah minggu yang ke-9. So aku nak komen la sket ttg persembahan malam tadi yang setakat aku ingat (biasa la, aku kan pengomen tak bergaji).

Untuk minggu ke-9 nih, para peserta Maharaja Lawak diberikan tema bebas (lagi?). Tapi untuk kali ni, mereka akan diberikan seorang pelawak senior yang akan menyertai mereka dalam persembahan.

Persembahan pertama ialah dari kumpulan R2. R2 digandingkan dengan pelawak yang tak asing lagi, dimana beliau juga merupakan juri kepada rancangan Raja Lawak, iaitu Sathiya. Citer psl org yang kena tangkap polis, pastu akhirnya rupanya hanya sebuah prank-show. Terkono den.. Lawak2 yang tak berapa menjadi dan agak kelam-kabut. Mase tengok persembahan diorg malam tadi, aku rase mcm diorg je yg akan tersingkir..

Tapi setelah tengok persembahan kedua iaitu dari kumpulan Balas, tanpa syak wasangka dengan pemeringkatan 2 kali aku yakin yang Balas yang akan tersingkir pada mamam tadi. Sebenarnya terus terang aku cakap yang aku langsung tak paham apa yang cuba disampaikan oleh diorg. Dan kemunculan hantu Makcik Karipap juga sangat repetitive dan penonton dah mula bosan bila watak yang sama diulang sebanyak 3 kali. Gandingan dengan Bell Ngasri juga merupakan pembunuh utama diorg sebab aku rasa semua orang setuju bila aku cakap yang Bell Ngasri ni bukanlah seorang pelawak. Dia hanya boleh melakonkan watak lawak apabila diberikan skrip yang lawak. Tapi untuk muncul sebagai pelawak, jauh sekali.

Persembahan seterusnya adalah daripada kumpulan Sepah, bergandingan dengan A. R. Badul. Baru la ada perasaan nak gelak bila sampai kat kump Sepah. Lawak2 yang dihasilkan boleh buat orang gelak (walaupun tak sehebat mingu2 sebelumnya). Sekurang2nya mampu memecah kekontangan ketawa ikhlas dari penonton2 kat studio. Yg best kumpulan Sepah ni, ketiga2nya boleh bawak watak perempuan. Hahaha!! Malam tadi diorg buat citer pasal rombongan meminang. Kira ok la.. Lagipun banyak nilai2 moral dan etika. Haha!! Moral lah sangat!!

Nabil pulak digandingkan bersama Sharifah Shahira. Satu gandangan yang mantap, cuma persembahan diorang nampak sangat tak organized. Nampak macam takde latihan yang cukup, sebab banyak dialog merapu (walaupun kelakar). Rase macam baru petang semalam diorg dapat idea, bagi2 watak pastu main belasah je skrip masa persembahan. Nabil banyak guna idea slapstik, tapi nasib baik tak nampak memperbodohkan diri dia.. Sharifah Shahira merupakan seorang pelawak yang spontan, seharusnya Nabil mengambil peluang tu utk mencipta sesuatu yang kreatif. Ni citer pasal teknik2 taekwando dan cara2 mengelak (menerima) tikaman dan simbahan asid.

Persembahan seterusnya adalah giliran Jozan bersama Kenchana Dewi. Boleh aku katakan yang Jozan antara yang terbaik minggu ni. Johan melakonkan watak Mamat Khalid dan Zizan lak watak Mail Lambung (serius aku tak kenal Mail Lambung nih!!). Jozan sentiasa pandai memainkan mimik muka dan body language yang boleh membuat orang ketawa tak hengat. Kenchana Dewi pulak tak berapa menyerlah. Rasenye kalau dia takde pun takpe kot. Haha!!

Persembahan terakhir malam tadi ialah dari kumpulan Jambu, bergandingan dengan Acong. Persembahan yang agak hebat sehinggakan membuatkan para juri tak henti2 ketawa. Even diorang gunakan bahasa yang langsung tak difahami, namun ia berjaya membuatkan orang gelak. gandingan antara Jambu dan Acong juga nampak serasi dan ada chemistry. Jambu terbaek utk malam tadi.

Akhirnya, setelah semua selesai membuat persembahan, maka tibalah masa untuk penyingkiran. Seperti yang aku jangka, kumpulan Balas tersingkir pada malam ni. Agak malang sebab selama ni Balas memberikan persembahan2 yang menarik. Tapi nasib tak menyebelahi diorang.

Setelah selesai penyingkiran, AC mengumumkan satu kejutan (dah nama pun realiti TV, tak sah kalau takde kejutan. Bagi kejutan letrik kang baru tau) iaitu program Maharaja Lawak ditambah lagi tempoh penyiarannya sebanyak 3 minggu. Azri melompat kegembiraan bila dgr pengumuman tu, mengalahkan pengumuman raya. huhu.

Ok, lain kali aku update lagi pasal ML ni yer, tu pun kalau aku tgk lagi. Kalau takde orang ajak tgk, takde la review2 dari aku lagi yer.. Hehehe..

PS : Azri masak malam tadi mmg sedap. Hehe.. Tq yer..

Chow!!


Speaking It Right, Again!

23 Mei 2011 – 4.36 pm

Pada 19 & 20 Mei lepas, jabatan aku sendiri iaitu Jabatan Pengajian Am telah mengadakan satu kursus iaitu kursus Public Speaking : Speak It Right! Kursus yang dijalankan selama 2 hari tu memperkayakan lagi pengetahuan kami tentang sebutan2 perkataan dalam bahasa inggeris, phonetics dll.

Seperti yg korang tau, aku ngan Azri dah pun pergi ke kursus Speak It Right kat KL beberapa minggu yg lepas, tapi kali ni kitorg join gak kursus ni. Haha!! Bkn pe, kitorg just nak belajar BI dgn lebih byk lagi.. Aku tak pandai BI mcm Azri, so aku kena belajar lagi banyak. 😛

So ni antara aktiviti2 yang kitorg jalankan pada hari pertama :

1. Lukis gambar partner mengikut buah2an atau sayur2an. Aku dipartnerkan ngan Ijam, so aku lukis Ijam sebagai…

Mango! Hehehe.. Serupa tak?

2. Buat cerita berdasarkan keratan akhbar :

Salah satu kump tgh buat aktiviti mencari keratan2 akhbar (mcm familiar je aktiviti ni.. huhu)..

Kumpulan Azri membuat keratan2.

Ni kumpulan aku..

Dah mcm rewang kenduri kawen dah, sampai dok atas lantai.

Pi’e & Khairul buat presentation.

Kumpulan aku buat presentation.

Kumpulan Azri yang menang aktiviti artikel newspaper sbb dikatakan berbeza dan kreatif. Kreatif?! Hahaha!! Kalau lah juri2 tahu keadaan sebenar yang idea pembacaan berita tu diambil bulat2 dari kursus Speak It Right yang kitorg dah g 3 mgu lepas.. Huhu..

Untuk hari kedua kursus, aku terpaksa update lain kali sebab pic2 utk hari kedua tak dapat lagi. Nak cari pic aktiviti menari ala2 club kaooo!! Huhu..

Oklah, ni je utk kali ni. Nanti dah dapat pic lain, aku update lagi.

Chow!!


The Fact, Get It Right!

24 Mei 2011 – 8.36 am

Pagi tadi sebelum masuk opis, aku capai botol air mineral yang ade kat dalam kete aku utk dibawa ke opis. Sedang aku dok kat meja dan belek2 botol mineral tu, aku terperasan sesuatu, iaitu fakta tentang gasing tradisional yang digunakan untuk mempromosikan kempen Colours Of Malaysia.

Air mineral jenama Cactus.

Ni la petikan tu.

Sori la sbb tak nampak apa tulisan tu cakap. Henfon murah kannn.. So ni la yang disebut dalam petikan tu :

Gasing (top spinning) is a traditional game played by the rural Malays in the village. Dating back decades, it involved spinning very beautiful hand-crafted large wooden tops. Gasing contests were held during the harvest festival with the village folk believing it would help them reap a good harvest.

Terjemahan :

Gasing merupakan satu permainan tradisional yang dimainkan di kawasan luar bandar oleh orang2 Melayu. Sejak berdekad2 lalu, permainan ini dimainkan dengan memutarkan gasing2 yang cantik dan diperbuat daripada kayu. Pertandingan gasing diadakan setiap kali musim menuai kerana penduduk2 kampung percaya yang ia mampu memberikan hasil tuaian yang banyak.

Baeklah! Aku sbg seorang muslim, just tak berapa setuju dengan kenyataan yang “penduduk2 kampung percaya yang ia mampu memberikan hasil tuaian yang banyak“. Ianya bertentangan dengan ajaran Islam yang melarang mempercayai kuasa selain Allah SWT dan perbuatan mempercayai perbuatan memusing gasing mampu memberikan hasil tuaian yang banyak adalah agak terpesong (bagi aku la).

Permainan gasing sebenarnya dimainkan setelah musim menuai tamat, iaitu untuk meraikan penat lelah petani setelah selesai upacara menuai.

Gasing tradisional Melayu.

Gasing berbentuk seakan-akan sebuah pinggan yang tebal, dan lazimnya seberat 5kg atau 10 paun. Permainan gasing memerlukan kekuatan, penyelarasan pergerakan, serta kepakaran. Gasing selalunya dimainkan selepas berakhirnya musim menuai. Gasing dilempar dengan menyentap seutas tali panjang yang telah dililit di kelilingnya. Ketika gasing ini masih berputar, ia dicedok dari atas tanah menggunakan sekeping kayu pipih yang berliang di tengahnya, dan dialihkan ke sebatang tiang rendah yang bertampuk besi. Jika dilempar dengan betul, gasing ini kadangkala boleh terus berputar hingga dua jam lamanya.

Aku dah cuba cari fakta2 dalam internet ttg fakta yang disebut kat botol mineral tu, tapi takde jumpa kat mane2 pun. Mungkin penulis tu buat kesimpulan berdasarkan penaakulan sendiri je kot. Tp yg aku terkilan, fakta tu boleh membuatkan penduduk Muslim sedikit terasa, dan harus diketahui juga bahawa permainan gasing tradisional ini dipercayai berasal dari Kelantan.

Orait! Comprende?

Chow!!


Scratching Sketches… (1)

23 Mei 2011 – 1.24 pm

Saje je aku nak upload antara lukisan2 aku kat sini. Kalau nak tengok sketch2 aku yg laen yg tak chantekk tu, g la kat album Sketch aku kat dalam FB.. 🙂

Love O’Clock 5

Love O’Clock 4

Chow!!


All You Can Eat Drama…

23 Mei 2011 – 8.44 am

Selain dari filem Pirates Of The Caribbean : On Stranger Tides, aku juga telah menonton Nur Kasih The Movie pada Sabtu lepas. Filem yang telah membuatkan aku digelakkan oleh Azri & Nazri sebab aku menangis sepanjang filem ni.. Hampeh je.. So aku nak citer lak pasal movie nih ye..

Sambungan daripada antara drama tv yang mendapat rating tertinggi dalam sejarah penerbitan Malaysia, Nur Kasih The Movie (NKTM) memaparkan Adam (Remy Ishak) dan Nur (Tiz Zaqyah) memainkan watak yang sama. Diterapkan dengan teknik cinematik dari Kabir Bhatia, pengalaman menonton NKTM adalah sangat mengujakan. Kabir masih menggunakan teknik cinematik yang sama seperti drama tv Nur Kasih, dan ini tidak pernah mengecewakan.

Namun bagi plot cerita, ia tidaklah sebaik teknik cinematografinya. Aku rasa plot cerita NKTM seperti agak terburu-buru, seolah-olah tidak diberi secukup perhatian kepada sesetengah plot untuk memudahkan penonton memahami plot tersebut dgn lebih berkesan. Contohnya, waktu yang diberikan untuk Aidil (Fizz Fairuz) meratapi kematian isterinya adalah terlalu singkat, dan kelihatan seperti Aidil dapat mengatasi kesedihan tersebut dalam masa yang sgt singkat. Of course la, filem ni nak lebihkan tumpuan penonton kepada Adam dan Nur, jadi mungkin pemanjangan babak sedih Aidil kelihatan tidak signifikan, walaupun agak perlu. Dah tentu la Kabir tak dapat nak buat scene yang meleret2 seperti dalam drama, sebab filem ni cuma 1 jam lebih je.. Ada jugak watak gangster yang hadir hanya untuk memberikan kesan ‘jahat’ kepada filem yang penuh dengan airmata ni. Tapi watak gangster tu akhirnya memberikan satu ‘twist’ kepada pengakhiran cerita ni, so kira ok la tu. Berguna gak gangster tu..

Filem ni dilabel sebagai filem yang penuh romantika dan drama, dan hanya itu. Ia bermain dengan perasaan penonton hampir setiap masa dengan memberikan babak2 sedih, tak kurang juga babak2 sappy (jiwang karat). Kadang2 rasa mcm tgk filem hindustan lak. Permainan antara emosi watak, cinematografi, skrip dan skor muzik berjaya menyentuh jiwa penonton dan menyebabkan airmata jatuh (dengan tak sengaja).. Huhu..

Kehadiran Mia Sara sebagai anak perempuan Aidil memberikan satu kelainan kepada filem ni. Watak Mia menyuntik elemen ceria kepada ahli keluarga Adam dan Aidil, dan juga kepada penonton. Sesuatu yang menyegarkan sebenarnya, apabila kita dapat escape sebentar dari babak2 menangis. Lagipun siapa yang tak tersenyum melihat keletah seorang budak perempuan yang comel? Huhu.

Selain tu, aku jugak suka babak dimana Adam berselisih pendapat ngan ustaz yang kerek tu. Adam menunjukkan kebenaran kata2nya, dan ini adalah realiti yang berlaku di Malaysia sekarang ni. Penamat filem ni juga agak menarik (walaupun aku dah dapat jangka sebenarnya sebab tetiba muncul watak samseng tu yang tetiba juga rapat ngan Adam).

Walaupun aku lebih sukakan drama tv Nur Kasih, filem NKTM ini juga memberikan kepuasan kepada penonton, dan ini menjadikan ia sebuah filem yang baik. Aku tak tau la pada orang2 yang tak tengok drama tv Nur Kasih ni akan menyukai filem ni atau tak, tapi bagi mereka yang dah menonton setiap episod Nur Kasih kat TV3 dulu (termasuk aku), pasti akan berpuas hati dengan filem ini yang merupakan pengakhiran kepada siri tv tersebut. Drama dan filem Nur Kasih telah mencipta satu sejarah dalam industri penerbitan negara. Tahniah!


Aye Aye, Cap’n!

23 Mei – 7.58 am

Kalau tak kerana Capt. Jack Sparrow, takde apa2 yang menarik dari segi karakter dalam movie terbaru Pirates Of The Caribbean : On Stranger Tides. Johnny Depp berjaya membawa watak tersebut dengan baik, cuma tidak sebaik dalam filem2 francais POTC sebelum2 ni.

Terdapat banyak review2 yang buruk mengenai filem ni di internet, dan semua tu mesti ada sebabnya. Tak kisah la, tapi kat sini aku nak citer sket ttg POTC selepas aku tonton filem tu Sabtu lepas ngan Azri & Nazri.

Filem ni merupakan prequel kepada filem2 sebelumnya, iaitu sebelum Capt. Jack bertemu dgn William Turner (Orlando Bloom) dan Elizabeth Swann (Keira Knightly). Jadi kedua2 watak tu mmg xde dalam filem ni. Namun ada watak baru, iaitu Angelica (Penelope Cruz), bekas kekasih Capt. Jack Sparrow. Namun Angelica merupakan anak kepada Blackbeard, iaitu watak jahat dalam filem kali ni. Tak tahu nape (mungkin sebab pencahayaan), tapi Cruz yang biasanya nampak anggun, dalam filem ni kelihatan sgt ‘muram’.

Juga terdapat watak ikan duyung yang bernama Syrena yang mereka tangkap untuk mengaktifkan kesan Fountain Of Youth. Ikan duyung dalam filem ni tak seperti ikan duyung yang kita kenal (kenal ke?). Ikan duyung di sini akan membunuh anak2 kapal dgn membawa mereka ke dalam laut selepas menyerang kapal mereka. Tak sangka ikan duyung sangat mengerikan, walaupun cantik. Huhu..

Antara watak lain yang kekal dari filem2 terdahulu hanyalah Barbossa dan Gibbs. Yang lain semua watak baru.

Filem yang selama 2 jam 27 minit ni berkisarkan pencarian Fountain Of Youth yang mana boleh memberikan kehidupan yang panjang kepada sesiapa yang meminumnya. Oleh kerana ramai yang mahukan Fountain Of Youth tu, jadi perlumbaan mencarinya melibatkan peperangan antara kapal2 besar, perlawanan pedang, bla bla bla.. Mcm biasa la kan, citer pirate..Kapal Blackbeard yang terdiri dari Capt. Jack, Angelica dan zombie2 yang tak nampak mcm zombie pun, dan juga kapal dari Spanish, yang mcm menyibuk je. Rasenye kalau takde pun takpe kot utk filem ni..

Mencari Fountain Of Youth tu dah satu hal, tapi nak gunakan kuasanya satu hal lak. Kuasanya hanya leh di’unlock’ ngan 2 cawan ape tah, ngan air mata duyung. Sebab tu diorg tangkap Syrena. Setelah dipaksa menangis tapi tak berjaya walaupun diorg bunuh kekasih Syrena, akhirnya Syrena menangis jugak bila dia nampak kekasih dia rupanya tak mati. Tangisan kegembiraan katernyer.

Bagi aku filem ni biasa2 je sebab tak berapa nak rasa excited masa tonton filem ni, even kat wayang ngan seat yang leh dikira bagus. Aku lagi excited mase tgk filem Pirates Of The Caribbean : Dead Man’s Chest kat umah aku.. Huhu..

Anyway, ni pendapat aku je. tak tau la orang lain kan.. 😛

Chow!!