where my dreams linger………

word of (un)wisdom

Geng : The Journey Continues….

31 Mei 2011 – 6.54 pm

Selepas kejayaan filem Geng: Pengembaraan Bermula, Les Copaque akan mengeluarkan buah tangan terbaru mereka untuk peminat-peminat siri animasi Upin dan Ipin. Upin dan Ipin : Angkasa akan menemui peminat-peminat di pawagam pada tahun ni, tapi tak tau la bila. Watak Upin dan Ipin juga akan lebih banyak ditampilkan dalam filem ini berbanding filem Geng: Pengembaraan Bermula. Kos pembikinan filem ini dianggarkan sebanyak RM6 juta atau pun lebih. Harap2 kutipan balik filem ni nanti dapat cover balik modal yg besar tu.

Sinopsis pendek Upin dan Ipin Angkasa

Upin dan Ipin serta teman-teman mereka mengikuti lawatan ke Planetarium Negara. Di sana mereka bertemu dengan seorang mahkluk asing dari galaksi lain (mcmn makhluk asing aka alien tu leh sampai kat Planetarium pun xde diciterkan) dan memutuskan untuk mengikuti mahluk asing tersebut dengan menaiki satu kapal angkasa. Konflik bermula apabila mereka berjumpa dengan musuh baru di angkasa lepas. Orait, sbg teaser, korang leh tgk video trailer tu kat bawah ni, video Upin dan Ipin : Angkasa.

Semoga kita terus menyokong industri animasi tempatan dan ramai2 serbu panggung utk tgk filem animasi nih. (Sori aku xleh taip berjela2. Nora Elena nak start dah ni! Takleh miss!)

Chow!!

Advertisements

It’s A Strange Strange Animal World.

31 Mei 2011 – 8.46 am

Kali ni aku takde ape2 citer nak story pown adui aih! Tapi saje je nak kongsi beberapa fakta ttg haiwan yang mungkin korang tak tau (sebenarnya aku pun tak tau).

– Siput ade 4 hidung – sepasang untuk bernafas dan sepasang lagi untuk menghidu.
– Lebah madu mempunyai rerambut kat bahagian mata utk mengumpul debunga.
– Kaki kiri seekor ayam lebih lembut dan sedap dimakan dari kaki kanan.
– Saiz sperma tikus lebih panjang daripada sperma gajah.
– Kematian manusia disebabkan kutu lebih banyak berbanding kematian akibat peperangan.
– Kucing menggunakan misainya utk mengenalpasti sama ada sesebuah ruang tu terlalu kecil utk dimasuki.
– Burung Albatrosses hanya mendarat beberapa tahun sekali untuk mengawan.
– Dolfin tidur dengan membuka sebelah matanya.
– Kalau korg angkat ekor kanggaru dari tanah, ia tak boleh melompat.
– Nisbah bagi seorang manusia dgn jumlah serangga ialah 1 : 200,000,000
– Kebanyakan hamster mengelip mata sebelah saja pada satu2 masa.
– Burung flamingo hanya boleh makan dalam keadaan kepalanya terbalik.
– Rama-rama merasa menggunakan kaki belakangnya.
– Siput (lagi) leh tidur selama 3 tahun.
– Gajah adalah lebih ringan berbanding lidah paus biru.
– Hanya 2 haiwan yang boleh melihat belakang mereka tanpa perlu memusingkan kepala; arnab & burung kakak tua.
– Haiwan terakhir dalam kamus ialah Zyzzyva, iaitu seekor kumbang.
– Gajah boleh berenang.
– Burung kiwi buta.
– Zirafah takde vocal cord.
– Seekor tiram betina menghasilkan 200 juta anak sepanjang hayatnya.
– Nyamuk tertarik kepada warna biru.
– Ayam pernah terbang paling lama sehingga 13 saat.
– Beruang boleh berlari sepantas kuda.
– Kutu betina (kutu lagi?) minum darah 15 kali ganda dari berat badannya sehari.
– Zirafah melahirkan anak dalam keadaan berdiri.
– Jantung landak berdegup 300 kali dalam seminit, manakala paus biru pula 6 kali dalam seminit.
– Buaya takleh reverse.
– Ikan emas leh hidup sehingga 41 tahun.
– Udang kara (lobster) memerlukan masa 7 tahun utk membesar sebanyak 1 paun.
– Kucing betina mampu melahirkan 20, 736 anak dalam masa 4 tahun.
– Penyu boleh bernafas melalui bontotnya (erk!).
– Starfish takde otak (Patrick dlm SpongeBob).
– Kelapa lebih banyak membunuh manusia dari jerung.
– Lidah zirafah adalah sepanjang 21 inci.
– Ikan jerung imun terhadap kanser.
– Bunyi ‘quack’ itik takleh bergema. Tak sape tau nape.
– Ular mampu melihat walaupun matanya tertutup.
– Gajah makan 23 jam sehari.
– Duit syiling lebih berat dari burung madu.
– Lalat capung hidup sehari je. Penyu lak melebihi 100 tahun.
– Kanggaru pun takleh reverse.
– Burung flamingo berwarna pink sebab byk sgt makan udang.
– Nenek moyang kanggaru hidup kat atas pokok.
– Ular takkan berhenti membesar selagi ia hidup.

Ok.

Chow!!


Electrifying Truth.

30 Mei 2011 – 8.28 pm

Aku nak citer sket pasal kenaikan tarif elektrik ni sbb aku rasa ramai yang tak berapa paham….

Pada 1 Jun 2011 (esok), bermulalah hari dimana tarif elektrik dinaikkan sebanyak 7.12 peratus iaitu daripada 31.31 sen/kWj kepada 33.54 sen/kWj. Namun begitu, Bernama melaporkan bahawa tarif baru ni takkan memberi impak ke atas pengguna domestik yang menggunakan kurang daripada 300kWj.

Tapi harus diingat, tarif baru ni hanya akan dikenakan ke atas pengguna dari sektor industri dan juga komersial sahaja. Manakala pengguna di rumah yang menggunakan 300kWj ke bawah, tidak akan dikenakan tarif tambahan ni. Maknanya ‘kadar’ yang dikenakan ke atas kita masih maintain 0.218 selagi kita guna bawah 300kWj. Kecuali jika pengguna tersebut menggunakan melebihi 300kWj sehingga 1000kWj, baru mereka akan dikenakan tarif baru ni dan kadar bayaran dalam bil elektrik mereka akan meningkat antara 7 sen sehingga ke RM30.30. Kalau diorg guna lebih dari 1000kWj (rumah diorg ade pawagam kot), maka banyak la kenaikan yg diorg kena bayar.

Macam mana nak kira sedangkan dalam bil mana ada tunjuk kadar penggunaan dari segi kWj? Ok, setelah aku memusingkan kepala otak aku utk mencari cara pengiraan (rupanya sgt senang. Membazir je aku guna formula ala2 add math vagaih), sebenarnya kalau korang tengok dalam bil letrik tu, ada tulis ‘kadar’ (yang aku bulat merah kat atas tu). Dalam bil kita, ada tunjuk kadar 0.218. Jumlah tu ialah jumlah setelah tolak subsidi kerajaan. Ok, sekarang tukarkan kadar tu dari 0.218 ke 0.335, dan darabkan dgn jumlah penggunaan (unit) spt yg dalam bil tu. Jeng3!! Dah dapat jumlah bayaran yg perlu dibayar. Tapi ni hanya utk mereka yang menggunakan melebihi 300kWj yer..

Jadi untuk mengelakkan kenaikan tarif tu dikenakan ke atas kita, haruslah berjimat cermat dalam menggunakan tenaga elektrik. Antara petua menjimatkan elektrik, ade aku bagi dalam Cakna Ilmu keluaran Februari. Ye, staf2 PMS sekalian, Cakna Ilmu yang dikatakan membazir kertas dan membazir dakwat itulah yer. Sampai skrg aku masih berkecil hati dgn statement itu yer. Harap maklum…. Kat bawah ni merupakan petikan Cakna Ilmu tu. (Kalau tak nampak, klik je kat pic tu. Ada versi yg besar gehtoooo).

Ok. Cukup lah utk kali ni. Mari sama2 berjimat supaya tak perlu bayar bil letrik.

Eh jap, aku lupa nak bagitau yang subsidi kerajaan yg memansuhkan bayaran terhadap penggunaan di bawah RM20 tu akan berakhir Disember ni ye. So mulai Januari tahun depan, kalau bil kita RM3.65 sekalipun, kita tetap kena bayar. Sekian.

Chow!!


So Good You Can Even Eat It At The Accident Site.

30 Mei 2011 – 5.34 pm

Kalau sebelum ni orang berpusu2 utk berebut beras ‘free’ masa ada lori beras terbalik, kali ni kita menyaksikan pula orang berebut2 utk mengambil roti yang bertaburan setelah lori yang membawa roti2 tersebut terbalik kat Setiu, minggu lepas.

Even masa tu tengahari terik ngan cuaca panas, dan sekalipun masa tu media dah ada kat situ, org2 (sesetengah je la kot) kat situ tanpa segan-silu terus mengutip roti2 yang bertaburan seolah2 org2 yg berebut makanan kat Kenya. Ada pulak yg siap bawak plastik besar2 utk isi roti2 tu.

Org2 yg kutip tu cakap, driver lori tu, Mustapha Abdul Rahman, 54, yang tak mengalami kecederaan, yang bagi kebenaran untuk ambik roti2 tu semua. Tapi aku nak tanya sket, roti2 tu milik dia ke? Kalau betul roti2 tu milik dia, ok la, dia ada hak utk bagi roti2 tu kat org ramai.

Tapi biasanya driver lori hanya bekerja utk kilang2 yang mengeluarkan produk utk dihantar ke destinasi. Maknanya (takde maknenye) roti2 tu adalah milik kilang. Jadi jika roti2 tu milik kilang, dan sekiranya tauke kilang tak redha org2 tu ambik roti dia, bukankah roti2 tu akan jadi HARAM hukumnya untuk diambil sesuka hati?

Adakah orang2 yang ambil roti2 tu sedar ttg perbuatan mereka adalah seolah2 mencuri? Malah, boleh dikira mereka mencuri dari orang yang ditimpa bencana. Bukankah itu sangat kejam? Hanya kerana roti yang berharga 60 sen, mereka sanggup melupakan soal hukum. Even aku yang tgh takde duit ni pun takkan terfikir utk ambik benda yang bukan hak milik aku sepenuhnya…

Aku cuba berprasangka baik, iaitu berpendapat bahawa driver tu dah call tauke dia, dan tauke dia pun membenarkan roti2nya diambil oleh org ramai. Kalau itu yg betul2 berlaku, baguslah. Tapi kalau bukan itu yang berlaku………………………………..

Chow!!


Congratz Mentor 5!

30 Mei 2011 – 11.47 am

Untuk pertama kalinya, aku tak guna title yg klisé untuk post aku. Bukan sebab pe, just aku nak cakap secara terang2an tahniah kat Salma yang menang Mentor malam tadi. So macam biasa sebagai juri tak bergaji, aku nak bagi pendapat aku sket. Silakannnnnn…..

Pada malam tadi iaitu 29 Mei 2011 jam 9.00 malam, berlangsungnya konsert akhir Mentor 5 di Stadium Melawati, tapi aku tgk live kat rumah je. Huhu. Setelah berhempas-pulas selama 3 bulan, akhirnya perjuangan 3 protegé iaitu Salma, Shiha dan Iqa sampai ke penghujungnya. Untuk konsert final ni, 3 protegé telah dipilih, dimana ianya agak berbeza dgn musim2 yg lepas iaitu 2 protegé je. Tapi tu semua hanya drama je, sebab kalau korang ade baca post aku yg lepas, mesti tau sebabnya.. Ngeeeeee…

Pembukaan konsert final diserikan (ke?) dgn nyanyian oleh protégé yang dah tersingkir iaitu Aiman, Ayish dan Ratnah. Bila dgr diorg nyanyi, mmg layak la tersingkir. Lain la klu diorg masuk AF, baru la ade peluang utk menang kot. Persembahan diorg disertai oleh kumpulan Hujan (yang juga menyanyi secara fail). Kemudian tibalah masa untuk persembahan finalis2. Persembahan dimulakan oleh Salma.

Salma

Lagu pertama Salma ialah killer song dia, iaitu Listen, nyanyian Beyoncé. Kawalan low notes Salma ada sedikit tak smooth dan juga diction beberapa perkataan juga tak tepat. Tapi bila masuk part tinggi, Salma mula menunjukkan kebolehannya dan apabila sampai di penghujung lagu, terdapat sedikit perubahan note dimana diorang naikkan lagi key, dalam 2 octave kot, dan Salma begemerlapan dengan key yang jarang2 orang dapat capai. Nyanyian Salma menaikkan bulu roma.

Lagu kedua Salma pula adalah secara berduet dengan seorang artis tanah air yang memang tak dapat dinafikan kehebatannya, iaitu Jaclyn Victor. Gabungan antara lagu Cinta ngan lagu Rindu betul2 menunjukkan kemantapan vocal Salma dan Jac. Yang penting, Jac tak overshadow Salma dalam nyanyian diorang. Kawalan low note Salma dalam lagu Cinta perfect kali ni. Proses switching antara head voice, chest voice dan falsetto Salma juga sangat dinamik.

Lagu ketiga Salma pula adalah sebuah lagu baru yang berjudul Aku Permata. Pada pendapat aku la, aku rasa lagu ni sangat2 tak sesuai ngan vocal Salma. Walaupun part tinggi dalam lagu ni dapat dibawa oleh Salma ngan baik, tapi tak dapat rasa ‘feel’ dari nyanyian Salma.

Shiha

Lagu pertama yang dinyanyikan oleh Shiha ialah lagu Kisah Hati, nyanyian Alyah. Kawalan low note Shiha mmg power, tapi bila tiba part tinggi, kedengaran spt Shiha sangat struggle utk mencapai note tu sehingga kadang2 dia terpaksa menggunakan falsetto. Suara Shiha juga agak tenggelam oleh muzik yang agak kuat, sebab bila part muzik slow, barulah kedengaran dgn jelas suara Shiha.

Lagu kedua Shiha ialah lagu Ghazal Untuk Rabiah dan Balqis. Kali ini, Shiha bergandingan dgn Black, iaitu Juara Mentor musim2 yang lepas. Kekuatan Shiha mmg pada lagu2 tradisional, jadi mmg persembahan Shiha kali ni sangat baik. Cuma apabila didengar lenggok alunan suara dan juga gaya tarian Shiha, kelihatan seperti Dato’ Siti sangat. Agak ironi sebab Shiha adalah protégé kepada Kak Pah, dan semua org tau yg Kak Pah tak suka Siti. 😛 Tapi dalam persembahan kali ni, kedengaran spt vocal Black lebih menyerlah dari Shiha.

Lagu terakhir Shiha pula ialah lagu baru iaitu berjudul Bila Bertemumu. Lagu ni aku rasa sangat sesuai ngan vocal Shiha sebab lagu ni menyerlahkan kelebihan vocal Shiha dan menutup kekurangan dia. Alunan muzik dan lirik juga baik. Ajai yang buat lagu ni, so of kos la kan (walaupun aku tak suka Ajai sbb berlagak).

Iqa

Persembahan pertama Iqa adalah lagu Ku Mohon, oleh Sheila Majid. Untuk persembahan yg ni, Iqa yang merupakan ratu gimik, telah menyanyikan lagu ni tanpa gimik. Jadi kat sini boleh nampak sejauh mana kekuatan vocal Iqa, dan terus terang aku cakap yang vocal Iqa ni tak seberapa. Takde apa yang special pun ttg persembahan ni. Penghayatan lagu juga tak dapat dirasai. ZERO.

Untuk lagu kedua, Iqa kembali dgn gimik. Artis pilihan untuk berduet bersama Iqa bukan calang2. Faizal Tahir kaooooo!! Seperti dalam konsert semi-final yang lepas, Iqa (dan Edry) menggunakan gimik video sebelum persembahan. Kali ni, konsepnya ialah Iqa datang dari masa depan menggunakan mesin masa untuk membuat persembahan kat pentas Mentor. Ntah hape2 la gimik tu. Masa persembahan, takde signifikan pun ngan gimik tu. Aku tak tau nak taip apa, sebab aku rasa takde apa yang boleh dipuji ttg persembahan ni.

Lagu terakhir Iqa juga lagu baru, iaitu lagu ciptaan Edry yg berjudul Di Penghujungnya. Sebelum persembahan, Edry mengumumkan yang setiap dari juri awam akan menerima CD untuk single Iqa ni. Teknik memancing undi yang agak keji, seiras taktik memancing undi dalam politik Malaysia. Lagu ni juga sesuai ngan vocal Iqa, tapi aku mintak maaf la sbb bagi aku, lagu ni takde keistimewaan langsung. Tak sedap lahhh!!

Selepas semua buat persembahan, diumumkan markah dari juri2 awam terlebih dahulu. Juri2 (tandas) awam telah memberikan 16 markah kepada Salma, 17 kepada Shiha dan markah penuh 20 kepada Iqa. Tak tau la atas kriteria apa markah2 tu diberikan, sebab nampak jelas bukan vocal yang diberi keutamaan. Selepas beberapa iklan dan persembahan yang sia2, akhirnya tibalah masa untuk mengumumkan keputusan keseluruhan, iaitu gabungan markah2 dari juri (tandas) awam, juri professional dan juri penonton (SMS).

Setelah dikira, akhirnya yang menjadi juara Mentor 5 adalah Salma, dengan markah yang amat tinggi iaitu 85 markah. Nasib baik juri professional dan juri penonton tidak bodoh seperti juri2 awam. Akhirnya orang yang layak menang, telahpun menang! Shiha menduduki tempat kedua dengan 63 markah, dan Iqa tempat ketiga dengan 56 markah. Salma berjaya merangkul wang tunai RM100,000 dan sebuah kereta (Chevrolet ape tah) dan Mentornya iaitu Erra mendapat wang tunai RM100,000. Tahniah Salma dan Erra!

Ok, ini je sepatah dua pendapat aku utk mentor final. At least aku berpuas hati dgn persembahan2 dari protégé yang bertanding dan juga aku berpuas hati dgn keputusan. 🙂

Chow!!


Maharaja Lawak = Drama King! (Week 9)

28 Mei 2011 – 3.26 pm

Pada malam tadi, Azri aka Kaki Wayang ajak aku makan malam kat umah dia (lagi). So dgn muka yg tak malu (sebenarnya aku malu sesangat) aku pun g rumah dia sambil bawak baju sebakul untuk tumpang washing machine rumah dia (lagi la malu). Lepas sumbat baju2 dalam washing machine fully automatic dia yang mahal tu, kitorg pun makan sambil tgk rancangan kegemaran Azri, iaitu Maharaja Lawak. Minggu ni adalah minggu yang ke-9. So aku nak komen la sket ttg persembahan malam tadi yang setakat aku ingat (biasa la, aku kan pengomen tak bergaji).

Untuk minggu ke-9 nih, para peserta Maharaja Lawak diberikan tema bebas (lagi?). Tapi untuk kali ni, mereka akan diberikan seorang pelawak senior yang akan menyertai mereka dalam persembahan.

Persembahan pertama ialah dari kumpulan R2. R2 digandingkan dengan pelawak yang tak asing lagi, dimana beliau juga merupakan juri kepada rancangan Raja Lawak, iaitu Sathiya. Citer psl org yang kena tangkap polis, pastu akhirnya rupanya hanya sebuah prank-show. Terkono den.. Lawak2 yang tak berapa menjadi dan agak kelam-kabut. Mase tengok persembahan diorg malam tadi, aku rase mcm diorg je yg akan tersingkir..

Tapi setelah tengok persembahan kedua iaitu dari kumpulan Balas, tanpa syak wasangka dengan pemeringkatan 2 kali aku yakin yang Balas yang akan tersingkir pada mamam tadi. Sebenarnya terus terang aku cakap yang aku langsung tak paham apa yang cuba disampaikan oleh diorg. Dan kemunculan hantu Makcik Karipap juga sangat repetitive dan penonton dah mula bosan bila watak yang sama diulang sebanyak 3 kali. Gandingan dengan Bell Ngasri juga merupakan pembunuh utama diorg sebab aku rasa semua orang setuju bila aku cakap yang Bell Ngasri ni bukanlah seorang pelawak. Dia hanya boleh melakonkan watak lawak apabila diberikan skrip yang lawak. Tapi untuk muncul sebagai pelawak, jauh sekali.

Persembahan seterusnya adalah daripada kumpulan Sepah, bergandingan dengan A. R. Badul. Baru la ada perasaan nak gelak bila sampai kat kump Sepah. Lawak2 yang dihasilkan boleh buat orang gelak (walaupun tak sehebat mingu2 sebelumnya). Sekurang2nya mampu memecah kekontangan ketawa ikhlas dari penonton2 kat studio. Yg best kumpulan Sepah ni, ketiga2nya boleh bawak watak perempuan. Hahaha!! Malam tadi diorg buat citer pasal rombongan meminang. Kira ok la.. Lagipun banyak nilai2 moral dan etika. Haha!! Moral lah sangat!!

Nabil pulak digandingkan bersama Sharifah Shahira. Satu gandangan yang mantap, cuma persembahan diorang nampak sangat tak organized. Nampak macam takde latihan yang cukup, sebab banyak dialog merapu (walaupun kelakar). Rase macam baru petang semalam diorg dapat idea, bagi2 watak pastu main belasah je skrip masa persembahan. Nabil banyak guna idea slapstik, tapi nasib baik tak nampak memperbodohkan diri dia.. Sharifah Shahira merupakan seorang pelawak yang spontan, seharusnya Nabil mengambil peluang tu utk mencipta sesuatu yang kreatif. Ni citer pasal teknik2 taekwando dan cara2 mengelak (menerima) tikaman dan simbahan asid.

Persembahan seterusnya adalah giliran Jozan bersama Kenchana Dewi. Boleh aku katakan yang Jozan antara yang terbaik minggu ni. Johan melakonkan watak Mamat Khalid dan Zizan lak watak Mail Lambung (serius aku tak kenal Mail Lambung nih!!). Jozan sentiasa pandai memainkan mimik muka dan body language yang boleh membuat orang ketawa tak hengat. Kenchana Dewi pulak tak berapa menyerlah. Rasenye kalau dia takde pun takpe kot. Haha!!

Persembahan terakhir malam tadi ialah dari kumpulan Jambu, bergandingan dengan Acong. Persembahan yang agak hebat sehinggakan membuatkan para juri tak henti2 ketawa. Even diorang gunakan bahasa yang langsung tak difahami, namun ia berjaya membuatkan orang gelak. gandingan antara Jambu dan Acong juga nampak serasi dan ada chemistry. Jambu terbaek utk malam tadi.

Akhirnya, setelah semua selesai membuat persembahan, maka tibalah masa untuk penyingkiran. Seperti yang aku jangka, kumpulan Balas tersingkir pada malam ni. Agak malang sebab selama ni Balas memberikan persembahan2 yang menarik. Tapi nasib tak menyebelahi diorang.

Setelah selesai penyingkiran, AC mengumumkan satu kejutan (dah nama pun realiti TV, tak sah kalau takde kejutan. Bagi kejutan letrik kang baru tau) iaitu program Maharaja Lawak ditambah lagi tempoh penyiarannya sebanyak 3 minggu. Azri melompat kegembiraan bila dgr pengumuman tu, mengalahkan pengumuman raya. huhu.

Ok, lain kali aku update lagi pasal ML ni yer, tu pun kalau aku tgk lagi. Kalau takde orang ajak tgk, takde la review2 dari aku lagi yer.. Hehehe..

PS : Azri masak malam tadi mmg sedap. Hehe.. Tq yer..

Chow!!


Holy Sh*t!

28 Mei 2011 – 12.26 pm

Sejak beberapa tahun yg lepas, aku selalu dapat emel berangkai dari kengkawan Muslim yang berbunyi begini :

**************************************************************************************************************

Untuk pengetahuan semua, umat Islam di Malaysia kini dikejutkan dengan penemuan “Holy Water” di dalam air mineral yang diedarkan dipasaran ketika ini. Seperti yang kita umat Islam ketahui, Holy Water jika diminum oleh umat Islam akan menyebabkan lidah menjadi keras untuk menyebut nama Allah dan hati menjadi beku atas segala ajaran Islam.

Sebelum terkena lebih baik kita berhati-hati. Disini disenaraikan nama-nama air mineral tersebut:

  1. Al-Mansur
  2. Al-Mubarakah
  3. Al-Barakah
  4. Bestari
  5. Waterco

Ingat wahai sahabat, orang-orang kafir selalu ingin menjatuhkan agama Islam. Mereka boleh berselindung dengan nama-nama orang Islam tetapi Allah maha mengetahui dan dibukanya minda kita agar tetap dengan keimanan di hati. Untuk pengetahuan, buktinya memang dah ada dan sekarang ini jenama air mineral tersebut boleh didapati disekitar PKNS dan Bukit Jalil dan beberapa tempat sekitar Petaling Jaya, Selangor. Di tempat lain tidak pula diketahui.

**************************************************************************************************************

Masa mula2 aku dapat emel2 tu dulu, aku terus percaya bulat2 ttg apa yg disebut tu. Maklum lah, org Islam ni terkenal ngan paranoidnya iaitu yang anggapan yang dah disemai sejak kecil lagi iaitu semua agama lain kat dunia ni wujud untuk menghancurkan Islam. Sekarang bila difikir2 balik, betapa taiklembunya bullshitnya pemikiran camtu.

Adakah benar yang Holy Water ni begitu berkuasa sehingga kalau org Islam terminum air ni, org itu takkan dapat mengucap sehinggalah dia minum air dari tujuh kolah dari tujuh masjid? Adakah kita terlalu cetek pemikiran sehingga mempercayai kuasa sebegitu wujud? Tidakkah itu syirik? Kalau betullah Holy Water ni mampu mengKristiankan umat Islam, nape mereka2 yang ingin menyebarkan agama Kristian ni just hantar paderi2 untuk baca doa kat sumber2 bekalan air dunia? Kan camtu senang.

Holy Water ni hanyalah air yang dibacakan doa oleh paderi2 dan diletakkan di pintu2 masuk gereja sebagai air untuk menyucikan diri mereka sebelum memasuki gereja. Fungsinya lebih kurang sama ngan air wuduk yang diambil oleh org Islam utk menyucikan diri sebelum solat. Holy Water ni langsung takde kuasa untuk membuatkan org Islam tak boleh mengucap, malah mempercayai yang ianya berkuasa, sehingga mempercayai fakta bahawa perlu meminum air dari 7 kolah dari 7 masjid juga merupakan satu kepercayaan karut.

Aku sebenarnya sangat hairan ngan umat Islam zaman sekarang yang terlalu taksub dan paranoid ngan org2 yang mereka sangka cuba memesongkan akidah umat Islam, sehingga ke’paranoid’an mereka tu sendiri membuat mereka terpesong. Aku tertarik ngan barisan lirik dari sebuah lagu dari Maher Zain yang berbunyi;

I’m walking with my head lowered in shame from my place,
I’m walking with my head lowered from my race,
Yes it’s easy to blame everything on the west,
When in fact all focus should be on ourselves…

Umat Islam sekarang sangat suka menuding jari ke pihak lain atas kesalahan mereka sendiri. Kalau remaja Islam minum arak, mereka akan salahkan Barat kerana menghasilkan arak, padahal arak tu mmg minuman yang diturunkan oleh nenek moyang mereka. Bukankah kesalahan harus diletak kepada remaja itu sendiri, ibu bapanya dan masyarakatnya?

Aku ada kawan2 yang beragama Kristian, Hindu, Buddha dan Atheis yang selalu terluka dengan kata2 yang dilemparkan kepada mereka oleh umat Islam Malaysia, kerajaan Malaysia, media Malaysia dll. Tidakkah kita sebagai umat Islam harus bersifat adil terhadap sensitiviti agama2 lain, seperti mereka yang selama ini sentiasa berhati2 terhadap sensitiviti umat2 Islam di Malaysia? Aturan Islam tentang hubungan dengan agama lain tercantum dalam al-Qur’an iaitu:

  1. Berbuat baik dan berlaku adil terhadap penganut agama lain (bukan Islam) yang tidak memusuhi Islam dan tidak mengusir umat Islam. Lihat Q.S Al-Mumtahanah ayat 8.
  2. Tidak ada toleransi dalam hal tukar menukar keimanan dan beribadah. Lihat Q.S. Al-Kafirun ayat 1-6.
  3. Tidak ada paksaan untuk masuk Islam atau memaksakan Islam kepada penganut agama lain.
  4. Bagi seorang anak yang orang tuanya bukan Islam, dalam hubungan anak-orang tua tetap dibina hubungan dan diperlakukan dengan baik.

Renung2kan dan selamat beramal…

Chow!!


‘Halal’ Beer – Too Good To Be True.

28 Mei 2011 – 11.37 am

Hari Sabtu merupakan hari utk relax2 kat umah, so aku pun mmg agak malas kurang rajin (agak?) utk keluar rumah dan menjalankan penggambaran Jalan2 Cari Makan, so dok umah je layan berita2 dan gossip2 liar cerita2 kat internet. Sedang aku busybody mentelaah Harian Metro kat internet, aku terbaca satu citer nih.

Untuk berita tu, korang baca la sndri ye kat website Harian Metro tu.. Tak pun g je beli Metro kat kedai.. RM1.50 je pownnn.. Aku taknak citer pasal berita tu kat sini. Aku cuma nak kongsi pendapat aku je….

Bir halal? Perlu ke ade bir halal? Nape Umat Islam nak jugak tiru bir tu? Nape nak jugak minum air yang seakan2 bir? Aku yakin ramai yang nak minum air bir halal (katernyer) tu bukan sebab rasanya (sedapkah?), tapi sebab nakkan feel minum bir. So persoalannya nape ade yg nakkan feel minum bir tu? Jawapannya hanya satu ; Stigma yang menganggap bahawa minum bir @ minuman keras tu adalah sesuatu yang sangat kool.

Perkataan ‘bir’ halal tu sendiri dah mendatangkan syubhah, jadi status halal @ haram nya minuman tu dah tak penting, sbb bila dah ada perkataan bir tu dah menimbulkan perasaan syak. Sbnrnya kat 7e ade byk jual air ni, dan sebelum keluar kenyataan yg air tu tak halal ni pun, aku dah rasa syak bila tgk air tu. Aku mmg pernah nak beli air tu, tapi perasaan syak aku telah menghalang aku dari terus beli air tu.. Baik aku beli 100 Plus je, dijamin halal dan tak syak. Haha!!

Kandungan alkohol dalam air tu disahkan 0.5%, dan yang diluluskan oleh syarak hanyalah kandungan alkohol 0.1%, iaitu alkohol yang terhasil secara semulajadi dalam pembuatan makanan. Walaupun jumlah 0.5% tu kelihatan sgt sikit sehingga tak menyebabkan mabuk, tapi ia tetap melebihi paras yang dibenarkan/dihalalkan.

Tepuk dada, tanya ………………. *Tangan ke dada, mata ke atas.

Chow!!


The Fact, Get It Right!

24 Mei 2011 – 8.36 am

Pagi tadi sebelum masuk opis, aku capai botol air mineral yang ade kat dalam kete aku utk dibawa ke opis. Sedang aku dok kat meja dan belek2 botol mineral tu, aku terperasan sesuatu, iaitu fakta tentang gasing tradisional yang digunakan untuk mempromosikan kempen Colours Of Malaysia.

Air mineral jenama Cactus.

Ni la petikan tu.

Sori la sbb tak nampak apa tulisan tu cakap. Henfon murah kannn.. So ni la yang disebut dalam petikan tu :

Gasing (top spinning) is a traditional game played by the rural Malays in the village. Dating back decades, it involved spinning very beautiful hand-crafted large wooden tops. Gasing contests were held during the harvest festival with the village folk believing it would help them reap a good harvest.

Terjemahan :

Gasing merupakan satu permainan tradisional yang dimainkan di kawasan luar bandar oleh orang2 Melayu. Sejak berdekad2 lalu, permainan ini dimainkan dengan memutarkan gasing2 yang cantik dan diperbuat daripada kayu. Pertandingan gasing diadakan setiap kali musim menuai kerana penduduk2 kampung percaya yang ia mampu memberikan hasil tuaian yang banyak.

Baeklah! Aku sbg seorang muslim, just tak berapa setuju dengan kenyataan yang “penduduk2 kampung percaya yang ia mampu memberikan hasil tuaian yang banyak“. Ianya bertentangan dengan ajaran Islam yang melarang mempercayai kuasa selain Allah SWT dan perbuatan mempercayai perbuatan memusing gasing mampu memberikan hasil tuaian yang banyak adalah agak terpesong (bagi aku la).

Permainan gasing sebenarnya dimainkan setelah musim menuai tamat, iaitu untuk meraikan penat lelah petani setelah selesai upacara menuai.

Gasing tradisional Melayu.

Gasing berbentuk seakan-akan sebuah pinggan yang tebal, dan lazimnya seberat 5kg atau 10 paun. Permainan gasing memerlukan kekuatan, penyelarasan pergerakan, serta kepakaran. Gasing selalunya dimainkan selepas berakhirnya musim menuai. Gasing dilempar dengan menyentap seutas tali panjang yang telah dililit di kelilingnya. Ketika gasing ini masih berputar, ia dicedok dari atas tanah menggunakan sekeping kayu pipih yang berliang di tengahnya, dan dialihkan ke sebatang tiang rendah yang bertampuk besi. Jika dilempar dengan betul, gasing ini kadangkala boleh terus berputar hingga dua jam lamanya.

Aku dah cuba cari fakta2 dalam internet ttg fakta yang disebut kat botol mineral tu, tapi takde jumpa kat mane2 pun. Mungkin penulis tu buat kesimpulan berdasarkan penaakulan sendiri je kot. Tp yg aku terkilan, fakta tu boleh membuatkan penduduk Muslim sedikit terasa, dan harus diketahui juga bahawa permainan gasing tradisional ini dipercayai berasal dari Kelantan.

Orait! Comprende?

Chow!!


Protegé Of Prodigy..

22 Mei 2011 – 11.26 pm

Seperti yang kita sedia maklum, Mentor merupakan antara rancangan realiti nyanyian yang tertinggi ratingnya di Malaysia. Semuanya disebabkan kredibiliti rancangan tersebut ngan peserta2 yang berbakat besar. Tak kurang juga untuk musim ke-5 kali ni. Bakat peserta2 yang menyertai untuk musim ni amat hebat.

Pada jam 9 tadi, bermulalah konsert ke-2 bagi pusingan separuh akhir Mentor 5. Markah bagi konsert kali ni akan dicampurkan dengan markah konsert separuh akhir pertama minggu lepas, dan 2 peserta yang berjaya mendapat markah tertinggi akan berentap di Final. Jadi setelah semua protegé2 berhempas pulas membuat persembahan, akhirnya tibalah masa untuk mengumumkan 2 peserta yang mendapat markah tertinggi.. Untuk pengetahuan semua (dan aku yakin semua juga bersetuju), Protegé terkuat untuk musim ke-5 ini adalah Salma. Seorang gadis kecil yang berasal dari Sabah, Salma bukanlah tandingan peserta2 lain. Dengan kawalan suara yang mantap dan high-pitch yang smooth, Salma mendominasi markah tertinggi untuk konsert2 yang sebelum ni.

Salma

Oleh kerana sebab gimik, markah bagi konsert separuh akhir pertama pada minggu lepas tak diumumkan, dan markah tersebut hanya akan diumumkan pada minggu ini. Jadi selepas selesai semua persembahan tadi, tibanya masa untuk mengumumkan markah bagi konsert pertama dan konsert kedua pusingan separuh akhir Mentor 5.

Dengan tidak disangka2, Salma mendapat markah yang sangat teruk pada minggu lepas. Malah markah dia lebih rendah dari Iqa, yang hanya menggunakan gimik sbg bantuan menyanyi. Perlu diingat bahawa Mentor adalah rancangan realiti nyanyian, bukannya untuk mencari penggimik atau pendrama yang berkaliber. Tapi semasa memberi markah, ternyata juri2 awam, profesional dan pengundi SMS seperti terpukau dgn gimik2 yang dibuat oleh Iqa. Jadi markah Iqa antara yang tertinggi bagi minggu lepas.

Oleh kerana hanya 2 Protegé sahaja yang layak ke peringkat akhir, jadi secara automatik Salma tersingkir. Aku rasa juri profesional terjerat dgn tindakan mereka memberi markah yang rendah pada minggu lepas kepada Salma, mungkin sbb mereka kurang berpuas hati dgn persembahan Salma pada minggu lepas dan berharap Salma akan berusaha lebih setelah melihat markah yang rendah dari juri. Tapi percaturan juri itu tersilap apabila markah tidak diumumkan pada minggu lepas. Mungkin masa tu mereka sedar yang memberikan markah yang rendah kepada Salma untuk mengajarnya akan mengakibatkan Salma hilang tempat di peringkat akhir.

Dapat dilihat pada minggu ni yang juri sedaya upaya mahu Salma ke peringkat akhir, dengan memberikan markah yang tinggi kepada Salma. Namun markah itu masih tidak mencukupi untuk membolehkan Salma berada di antara 2 Protegé dengan markah tertinggi. Akhirnya Salma menjadi mangsa juri yang dikatakan profesional itu. Oleh kerana TV3 dan juri menyedari bahawa Salma merupakan penyumbang utama kepada undian SMS dan juga rating, jadi mereka terpaksa menelan semula ludahan mereka dengan memasukkan kembali Salma ke peringkat akhir, dengan mengatakan bahawa itu juga merupakan satu kejutan.

Ini merupakan satu penghinaan kepada kredibiliti Mentor dan juga kepada Salma sendiri, hanya kerana juri cuba bersikap adil kepada peserta2 lain. Tapi nasi dah jadi bubur, dan ini keputusan yang terpaksa dibuat oleh TV3 bagi memastikan bakat Salma tidak tersia-sia, walaupun pada hakikatnya mereka melakukan sedemikian kerana inginkan proportion undian SMS dari penyokong Salma yang besar berbanding Protegé2 yang lain.

Bagi golongan2 anti-Salma, mereka bergembira sebaik sahaja diberitahu yang Salma tidak mendapat markah tertinggi, kerana apa yang mereka mahukan hanya Salma kecundang di tangan Protegé pilihan mereka walhal masing2 sedar siapa yang paling berbakat antara semua. Oleh kerana Salma dibenci (kerana berbakat terlalu besar untuk Mentor dan menenggelamkan Protegé2 yang lain), jadi bakat Salma itu lebih sanggup diketepikan hanya untuk kepuasan peminat2 fanatik Protegé2 yang lain.

Aku akui, aku juga meminati Shiha selain Salma, tapi aku tahu yang Salma memiliki pakej terbaik dalam memenangi Mentor 5. Dan aku juga akui yang tak semua peminat fanatik Protegé lain adalah anti-Salma. Cuma aku nak nyatakan di sini, yang patut dipersalahkan di sini adalah juri profesional yang semakin tak profesional. Salma diberikan tekanan yang lebih hanya kerana Salma tidak memenuhi ekspektasi mereka.

Ok lah, itu je luahan aku untuk Mentor 5 ni. Sama ada Salma menang atau kalah minggu depan dalam konsert final. tempat Salma dalam industri muzik tanah air dah tersedia.

Chow!!