where my dreams linger………

Latest

A Birthday Before.

29 Mei 2011 – 3.19 pm

Oleh sebab aku ade buat post ttg birthday salah sorang staf kat JPA ni, so tak adil la kalau aku tak buat mase birthday  yg lain. So mase belek2 hp aku yg murah tu, aku terjumpa la sket pic mase birthday Rina, juga staf dalam jabatan kitorg. Sepatutnya birthday ni utk 2 org iaitu Rina dan Dila, tapi oleh sebab Dila cuti mase tu, so hari tu khas utk Rina je la. Sambutan ni dibuat pada 22 April 2011.

Kek yang dioder utk diorg.. Sedap weh kek nih! Aku sukewwwww!!

Rina yg excited mase nak potong kek. Ye la kan. ni pun surprise gak nih.. JPA mmg suka wat besday seprise2 nih..

Upacara menyembelih kek.

Rina yang agak fotogedik di situ..

Sori la Rina ye, sebab ade 4 pic je utk birthday ko neh.. Takpe, next time aku snap banyak2 k.

Chow!!

Fast-Blood.

29 Mei 2011 – 4.04 am

Kali ni, lagi sekali aku nak post pasal citer yg dah basi, iaitu yang dah berlaku lama dulu.. Benda ni berlaku mase hari pertama berpuasa untuk tahun lepas (2010). Tarikh hari tu ialah pada 11 Ogos 2010.

Oleh sebab hari tu merupakan hari 1st puasa, jadi aku pun ngengade balik kampung ptg tu sbb nak berbuka kat kampung, walaupun hari tu hari Rabu. So sah2 la sok paginya aku kena gerak balik opis lepas sahur. Tapi aku tak kira gak, sbb aku nak makan masakan mak aku utk berbuka. Huhu.

Nak dijadikan citer, masa aku tgh drive tu dan dah nak sampai kampung dah pun, aku terperasan ade sebuah kete ni datang dari arah depan. Kete tu nampak terhuyung-hayang je, so aku pun terus saspek yg driver kete tu mesti ngantok. Aku pun slowkan la kete aku.. Tapi makin lama, kete tu makin masuk ke lane jalan aku dan aku terpaksa masuk ke kawasan rumput kat tepi jalan tu utk mengelak dia. Tapi entah mcmane, bila dah dekat sangat tu, kete tu makin masuk ke lane aku dan akhirnya pertembungan pun berlaku, dan aku pun meninggal kat situ gak… Hish!! Tak la, kete tu terlanggar side mirror kete aku je.. Oleh kerana speed kete tu agak laju, jadi side mirror aku yg dilanggar tu pun bersepai dan oleh sebab aku tak tutup tingkap mase tu, habis serpihan2 cermin masuk kete aku.

Aku rasa driver tu tersedar masa dia terlanggar kete aku, so dia pun cepat2 pecut meninggalkan tempat kejadian. Aku stop kete aku jap utk tgk kot2 ade cedera lain kat kete aku selain side mirror. Bila dah sure takde pe yg berlaku, aku pun teruskan perjalanan. Tapi bila dah nak sampai kat umah aku, aku rasa mcm panas je kat bahagian leher dan dada aku. So aku pun jengah la kat cermin pandang belakang. Terkejut beruk makyeh aku bila tengok darah yang agak banyak mengalir keluar dari leher aku. Aku tak sedar darah tu sebab takde rasa sakit pun, mungkin sebab serpihan kaca yang terkena leher aku tu agak tajam.

So aku pun mula la panik (sebab aku ni takut darah) dan cepat2 drive sampai umah. Masuk je umah, family aku yg tgh dok depan makanan menunggu time berbuka terkejut dengar aku jerit “Tolong!! Eksiden! Cedera parah ni!!” Mase tu darah dah banyak keluar, dan habis baju putih aku (yang mahal) kena darah. Mak aku bukan main terkejut lagi sampai menjerit2. Kelakar lak aku tengok. huhu..

Aku pun terus bersihkan darah yg agak banyak tu, dan snap pic (sempat). Ni antara pic yg aku sempat snap:

Ni dah lepas bersihkan. Tapi darah masih tak henti2 keluar.

Habis baju kena darah.

Masih berposing ngan darah..

Ni lak pic side mirror aku yg dh berkecai.. Haha!!

Tu je pic2 yang aku sempat snap.. Nasihat utk kawan2, berhati2 di jalan raya yer.. Kalau ngantok tu, berhenti la kejap, tido dalam 10 minit.. Pastu mesti dh x ngantok dah.. Aku selalu wat camtu..

Chow!!

Deco Was, Deco Is…

28 Mei 2011 – 11.08 pm

Sejak berpindah ke kuarters ni, dapat la aku hias sket2 bilik aku menggunakan bajet yang ciput itewww.. Kalau sebelum2 ni, aku asyik dapat rumah yang tak macam rumah je kat tempat keje yg lepas2.. Dari rumah yang takde siling dan mcm rumah setinggan ngan kepanasan melampau, ke rumah yg just dpt bilik sebesar kubur, sehingga lah terpaksa tidur kat surau ofis.. Tapi sekarang baru dapat rasa duk rumah yang ‘normal’.. Hehe..

So sejak aku pindah masuk kuarters nih, aku mula la berangan2 nak hias2 sket, dan susun perabot yg sangat ‘banyak’ tu..

Ni antara design deco awal mase baru masuk bilik tu.. Just gantung gambar sket dan letak cadar hijau.. Ngan teddy bear.. Huhu..

Bila tgk balik pic ni, mcm simple n sweet lak kaler2 nih.. Huhu..

Katil yang dapat free dari kerajaan.. Hak Kerajaan Malaysia..

Ni kat sudut lain.. Bunga ngan pasu beli kat Living Cabin Kuantan, gambar kat kedai RM2..

Langsir lak beli dari Ikea.. Mase letak langsir ni dulu, org ckp leh nampak dari luar.. Hahaha!! Of kos laaaaa!! Meja hitam dan merah tu pun beli kat Ikea.. Murah gak, satu RM29.90 je..

Hahaha!! Mane la tak nampak dari luar, even kat luar yg gelap tu pun leh nampak dari dalam..

Beberapa bulan lepas pindah, aku pun beli sebuah TV yang sangat ‘mahal’.. Haha!! Toshiba Regza 32″. Then aku letak TV tu kat tempat aku letak katil tadi, dan katil tu aku ubah ke tempat lain, iaitu sebelah tingkap.

Langsir Ikea tu dah jadi langsir dinding.. Kakakaka!!

Then sebab langsir tu asyik tercabut, so cabut terus dan letak kat kepala katil.. TV tu lak jd penyelamat utk laptop sbg skrin gantian mase kat umah.. Maklum la, skrin laptop dah crack seribu..

Katil yang dah dipindahkan ke tepi tingkap dan dah ditukar cadar.. Mase beli ingatkan cadar tu kaler merah.. Rupanya purple.. Seb baik tak lari jauh sgt ngan kaler langsir.. Langsir kali ni tebal, so dah tak nampak dah dari luar.. Huhu..

Meja merah dan cermin tu pun beli kat Ikea gak tu..

Kerusi dipinjam dari meja makan kat dapur.. Haha!!

Ni pic terbaru yg diambil baru jap tadi.. Meja merah dah digantikan ngan rak. Langsir Ikea juga dah diletakkan kat kepala katil supaya tak nampak sangat ke’kayu’annya itu.. Yg lain same je.. Meja merah tu lak dah letak kat sebelah TV utk memudahkan letak barang2 utk laptop kat atas tu..

So, ni je la yg aku mampu nak hias bilik aku nih.. Kalau ade duit, mmg aku nak tambah mcm2 benda, tapi sbb tak mampu, so yg skrg ni pun dh ok kot.. Yg penting aku selesa.. Selesa ke? Nak beli tilam baru lahhh!!! Dah tenggelam!! Uwaaaa!!!

Chow!!

Maharaja Lawak = Drama King! (Week 9)

28 Mei 2011 – 3.26 pm

Pada malam tadi, Azri aka Kaki Wayang ajak aku makan malam kat umah dia (lagi). So dgn muka yg tak malu (sebenarnya aku malu sesangat) aku pun g rumah dia sambil bawak baju sebakul untuk tumpang washing machine rumah dia (lagi la malu). Lepas sumbat baju2 dalam washing machine fully automatic dia yang mahal tu, kitorg pun makan sambil tgk rancangan kegemaran Azri, iaitu Maharaja Lawak. Minggu ni adalah minggu yang ke-9. So aku nak komen la sket ttg persembahan malam tadi yang setakat aku ingat (biasa la, aku kan pengomen tak bergaji).

Untuk minggu ke-9 nih, para peserta Maharaja Lawak diberikan tema bebas (lagi?). Tapi untuk kali ni, mereka akan diberikan seorang pelawak senior yang akan menyertai mereka dalam persembahan.

Persembahan pertama ialah dari kumpulan R2. R2 digandingkan dengan pelawak yang tak asing lagi, dimana beliau juga merupakan juri kepada rancangan Raja Lawak, iaitu Sathiya. Citer psl org yang kena tangkap polis, pastu akhirnya rupanya hanya sebuah prank-show. Terkono den.. Lawak2 yang tak berapa menjadi dan agak kelam-kabut. Mase tengok persembahan diorg malam tadi, aku rase mcm diorg je yg akan tersingkir..

Tapi setelah tengok persembahan kedua iaitu dari kumpulan Balas, tanpa syak wasangka dengan pemeringkatan 2 kali aku yakin yang Balas yang akan tersingkir pada mamam tadi. Sebenarnya terus terang aku cakap yang aku langsung tak paham apa yang cuba disampaikan oleh diorg. Dan kemunculan hantu Makcik Karipap juga sangat repetitive dan penonton dah mula bosan bila watak yang sama diulang sebanyak 3 kali. Gandingan dengan Bell Ngasri juga merupakan pembunuh utama diorg sebab aku rasa semua orang setuju bila aku cakap yang Bell Ngasri ni bukanlah seorang pelawak. Dia hanya boleh melakonkan watak lawak apabila diberikan skrip yang lawak. Tapi untuk muncul sebagai pelawak, jauh sekali.

Persembahan seterusnya adalah daripada kumpulan Sepah, bergandingan dengan A. R. Badul. Baru la ada perasaan nak gelak bila sampai kat kump Sepah. Lawak2 yang dihasilkan boleh buat orang gelak (walaupun tak sehebat mingu2 sebelumnya). Sekurang2nya mampu memecah kekontangan ketawa ikhlas dari penonton2 kat studio. Yg best kumpulan Sepah ni, ketiga2nya boleh bawak watak perempuan. Hahaha!! Malam tadi diorg buat citer pasal rombongan meminang. Kira ok la.. Lagipun banyak nilai2 moral dan etika. Haha!! Moral lah sangat!!

Nabil pulak digandingkan bersama Sharifah Shahira. Satu gandangan yang mantap, cuma persembahan diorang nampak sangat tak organized. Nampak macam takde latihan yang cukup, sebab banyak dialog merapu (walaupun kelakar). Rase macam baru petang semalam diorg dapat idea, bagi2 watak pastu main belasah je skrip masa persembahan. Nabil banyak guna idea slapstik, tapi nasib baik tak nampak memperbodohkan diri dia.. Sharifah Shahira merupakan seorang pelawak yang spontan, seharusnya Nabil mengambil peluang tu utk mencipta sesuatu yang kreatif. Ni citer pasal teknik2 taekwando dan cara2 mengelak (menerima) tikaman dan simbahan asid.

Persembahan seterusnya adalah giliran Jozan bersama Kenchana Dewi. Boleh aku katakan yang Jozan antara yang terbaik minggu ni. Johan melakonkan watak Mamat Khalid dan Zizan lak watak Mail Lambung (serius aku tak kenal Mail Lambung nih!!). Jozan sentiasa pandai memainkan mimik muka dan body language yang boleh membuat orang ketawa tak hengat. Kenchana Dewi pulak tak berapa menyerlah. Rasenye kalau dia takde pun takpe kot. Haha!!

Persembahan terakhir malam tadi ialah dari kumpulan Jambu, bergandingan dengan Acong. Persembahan yang agak hebat sehinggakan membuatkan para juri tak henti2 ketawa. Even diorang gunakan bahasa yang langsung tak difahami, namun ia berjaya membuatkan orang gelak. gandingan antara Jambu dan Acong juga nampak serasi dan ada chemistry. Jambu terbaek utk malam tadi.

Akhirnya, setelah semua selesai membuat persembahan, maka tibalah masa untuk penyingkiran. Seperti yang aku jangka, kumpulan Balas tersingkir pada malam ni. Agak malang sebab selama ni Balas memberikan persembahan2 yang menarik. Tapi nasib tak menyebelahi diorang.

Setelah selesai penyingkiran, AC mengumumkan satu kejutan (dah nama pun realiti TV, tak sah kalau takde kejutan. Bagi kejutan letrik kang baru tau) iaitu program Maharaja Lawak ditambah lagi tempoh penyiarannya sebanyak 3 minggu. Azri melompat kegembiraan bila dgr pengumuman tu, mengalahkan pengumuman raya. huhu.

Ok, lain kali aku update lagi pasal ML ni yer, tu pun kalau aku tgk lagi. Kalau takde orang ajak tgk, takde la review2 dari aku lagi yer.. Hehehe..

PS : Azri masak malam tadi mmg sedap. Hehe.. Tq yer..

Chow!!

Holy Sh*t!

28 Mei 2011 – 12.26 pm

Sejak beberapa tahun yg lepas, aku selalu dapat emel berangkai dari kengkawan Muslim yang berbunyi begini :

**************************************************************************************************************

Untuk pengetahuan semua, umat Islam di Malaysia kini dikejutkan dengan penemuan “Holy Water” di dalam air mineral yang diedarkan dipasaran ketika ini. Seperti yang kita umat Islam ketahui, Holy Water jika diminum oleh umat Islam akan menyebabkan lidah menjadi keras untuk menyebut nama Allah dan hati menjadi beku atas segala ajaran Islam.

Sebelum terkena lebih baik kita berhati-hati. Disini disenaraikan nama-nama air mineral tersebut:

  1. Al-Mansur
  2. Al-Mubarakah
  3. Al-Barakah
  4. Bestari
  5. Waterco

Ingat wahai sahabat, orang-orang kafir selalu ingin menjatuhkan agama Islam. Mereka boleh berselindung dengan nama-nama orang Islam tetapi Allah maha mengetahui dan dibukanya minda kita agar tetap dengan keimanan di hati. Untuk pengetahuan, buktinya memang dah ada dan sekarang ini jenama air mineral tersebut boleh didapati disekitar PKNS dan Bukit Jalil dan beberapa tempat sekitar Petaling Jaya, Selangor. Di tempat lain tidak pula diketahui.

**************************************************************************************************************

Masa mula2 aku dapat emel2 tu dulu, aku terus percaya bulat2 ttg apa yg disebut tu. Maklum lah, org Islam ni terkenal ngan paranoidnya iaitu yang anggapan yang dah disemai sejak kecil lagi iaitu semua agama lain kat dunia ni wujud untuk menghancurkan Islam. Sekarang bila difikir2 balik, betapa taiklembunya bullshitnya pemikiran camtu.

Adakah benar yang Holy Water ni begitu berkuasa sehingga kalau org Islam terminum air ni, org itu takkan dapat mengucap sehinggalah dia minum air dari tujuh kolah dari tujuh masjid? Adakah kita terlalu cetek pemikiran sehingga mempercayai kuasa sebegitu wujud? Tidakkah itu syirik? Kalau betullah Holy Water ni mampu mengKristiankan umat Islam, nape mereka2 yang ingin menyebarkan agama Kristian ni just hantar paderi2 untuk baca doa kat sumber2 bekalan air dunia? Kan camtu senang.

Holy Water ni hanyalah air yang dibacakan doa oleh paderi2 dan diletakkan di pintu2 masuk gereja sebagai air untuk menyucikan diri mereka sebelum memasuki gereja. Fungsinya lebih kurang sama ngan air wuduk yang diambil oleh org Islam utk menyucikan diri sebelum solat. Holy Water ni langsung takde kuasa untuk membuatkan org Islam tak boleh mengucap, malah mempercayai yang ianya berkuasa, sehingga mempercayai fakta bahawa perlu meminum air dari 7 kolah dari 7 masjid juga merupakan satu kepercayaan karut.

Aku sebenarnya sangat hairan ngan umat Islam zaman sekarang yang terlalu taksub dan paranoid ngan org2 yang mereka sangka cuba memesongkan akidah umat Islam, sehingga ke’paranoid’an mereka tu sendiri membuat mereka terpesong. Aku tertarik ngan barisan lirik dari sebuah lagu dari Maher Zain yang berbunyi;

I’m walking with my head lowered in shame from my place,
I’m walking with my head lowered from my race,
Yes it’s easy to blame everything on the west,
When in fact all focus should be on ourselves…

Umat Islam sekarang sangat suka menuding jari ke pihak lain atas kesalahan mereka sendiri. Kalau remaja Islam minum arak, mereka akan salahkan Barat kerana menghasilkan arak, padahal arak tu mmg minuman yang diturunkan oleh nenek moyang mereka. Bukankah kesalahan harus diletak kepada remaja itu sendiri, ibu bapanya dan masyarakatnya?

Aku ada kawan2 yang beragama Kristian, Hindu, Buddha dan Atheis yang selalu terluka dengan kata2 yang dilemparkan kepada mereka oleh umat Islam Malaysia, kerajaan Malaysia, media Malaysia dll. Tidakkah kita sebagai umat Islam harus bersifat adil terhadap sensitiviti agama2 lain, seperti mereka yang selama ini sentiasa berhati2 terhadap sensitiviti umat2 Islam di Malaysia? Aturan Islam tentang hubungan dengan agama lain tercantum dalam al-Qur’an iaitu:

  1. Berbuat baik dan berlaku adil terhadap penganut agama lain (bukan Islam) yang tidak memusuhi Islam dan tidak mengusir umat Islam. Lihat Q.S Al-Mumtahanah ayat 8.
  2. Tidak ada toleransi dalam hal tukar menukar keimanan dan beribadah. Lihat Q.S. Al-Kafirun ayat 1-6.
  3. Tidak ada paksaan untuk masuk Islam atau memaksakan Islam kepada penganut agama lain.
  4. Bagi seorang anak yang orang tuanya bukan Islam, dalam hubungan anak-orang tua tetap dibina hubungan dan diperlakukan dengan baik.

Renung2kan dan selamat beramal…

Chow!!

‘Halal’ Beer – Too Good To Be True.

28 Mei 2011 – 11.37 am

Hari Sabtu merupakan hari utk relax2 kat umah, so aku pun mmg agak malas kurang rajin (agak?) utk keluar rumah dan menjalankan penggambaran Jalan2 Cari Makan, so dok umah je layan berita2 dan gossip2 liar cerita2 kat internet. Sedang aku busybody mentelaah Harian Metro kat internet, aku terbaca satu citer nih.

Untuk berita tu, korang baca la sndri ye kat website Harian Metro tu.. Tak pun g je beli Metro kat kedai.. RM1.50 je pownnn.. Aku taknak citer pasal berita tu kat sini. Aku cuma nak kongsi pendapat aku je….

Bir halal? Perlu ke ade bir halal? Nape Umat Islam nak jugak tiru bir tu? Nape nak jugak minum air yang seakan2 bir? Aku yakin ramai yang nak minum air bir halal (katernyer) tu bukan sebab rasanya (sedapkah?), tapi sebab nakkan feel minum bir. So persoalannya nape ade yg nakkan feel minum bir tu? Jawapannya hanya satu ; Stigma yang menganggap bahawa minum bir @ minuman keras tu adalah sesuatu yang sangat kool.

Perkataan ‘bir’ halal tu sendiri dah mendatangkan syubhah, jadi status halal @ haram nya minuman tu dah tak penting, sbb bila dah ada perkataan bir tu dah menimbulkan perasaan syak. Sbnrnya kat 7e ade byk jual air ni, dan sebelum keluar kenyataan yg air tu tak halal ni pun, aku dah rasa syak bila tgk air tu. Aku mmg pernah nak beli air tu, tapi perasaan syak aku telah menghalang aku dari terus beli air tu.. Baik aku beli 100 Plus je, dijamin halal dan tak syak. Haha!!

Kandungan alkohol dalam air tu disahkan 0.5%, dan yang diluluskan oleh syarak hanyalah kandungan alkohol 0.1%, iaitu alkohol yang terhasil secara semulajadi dalam pembuatan makanan. Walaupun jumlah 0.5% tu kelihatan sgt sikit sehingga tak menyebabkan mabuk, tapi ia tetap melebihi paras yang dibenarkan/dihalalkan.

Tepuk dada, tanya ………………. *Tangan ke dada, mata ke atas.

Chow!!

Glee Me! (Season 2 Episode 22)

28 Mei 2011 – 12.11 am

Untuk ahli2 kumpulan Glee yang sepanjang hidup diorg menetap kat pekan kecil Ohio, New York adalah sebuah tempat yang sangat menerujakan! Memang patut pun diorg enjoy2 kat New York tu. Tapi perlu ke penonton disuap ngan babak2 diorg menari dan menyanyi kegembiraan kat New York hampir separuh episod? Tak perlu kot. Dah la diorang takde lagu lagi, takde koreografi, sempat lagi nak round2. Ni merupakan benda tak logik yang ada dalam Glee ep 22 nih. Hehe..

Episod 22 ni, walaupun season finale, terdapat banyak kepincangan dalam episod ni. Sepatutnya season finale kena la gah sikit. Ni mcm episod2 biasa je.. Lagu2 yang dipilih untuk episod ni jugak tak berapa memberangsangkan (kecuali ada beberapa lagu yang agak hebat).

Tapi oleh sebab aku ni peminat fanatik Glee, jadi aku layan je. Tapi kalau org yg tak pernah tgk Glee, dan dia tgk lak episod ni, aku rasa dia takkan tertarik utk tgk episod2 yg lain. Tak kisah la. Jadi kat sini aku nak share beberapa screen-shot yang aku rasa berbaloi utk di’screen-shot’kan. huhu..

Ni antara babak menari dan menyanyi kat New York walaupun mase tu diorang masih takde lagu utk dipertandingkan dan takde koreografi. Huhu.. Anyway, seronok gak tgk diorg bersukaria.. Kelihatan spt org Gemas (aku) g KL je.. wakakaka!!

Ni antara scene nyanyi yg aku suka. Cikgu diorg iaitu Mr Shue nyanyi lagu ‘Still Got Tonight’, iaitu lagu nyanyian Matthew Morrison, iaitu dia sendiri. Haha! Mmg best tgk dia nyanyi lagu ni. Penuh feel.

Now, this is the song that I’ve been waiting for. Rachel dan Kurt berduet lagu ‘For Good’, nyanyian Wicked. Lagu ni mmg merupakan lagu feveret aku sejak aku dgr Sam Tsui dan Nick Pitera nyanyi lagu ni kat Youtube. Pastu aku dan Azri pun ade nyanyi dan record lagu ni gak, dan kitorg pun ade upload kat FB aku.. Huhu.. Nyanyian Rachel dan Kurt mmg serasi sgt, dan lagu ni membawa maksud yg sgt mendalam dalam persahabatan diorg sbb diorg impikan benda yang sama, iaitu kerjaya di Broadway. Yang best, diorg nyanyikan lagu ni kat pentas Broadway tuh. Mmg hebat. Cuma aku agak kecewa sbb lagu ni byk part yg dipotong sbb nak jimat masa. Tapi aku mmg dh dgr versi full lagu ni kat laptop. 🙂 Mmg superb!

Quinn, Santana & Brittany dapat gak highlight kat episod ni, walaupun tak sebesar Rachel. Quinn mengaku yang dia lonely sejak ditinggalkan Finn, dan akhirnya Santana memberikan satu idea supaya Quinn dapat lupakan kesedihan dia.. Idea Santana tu ialah….. Quinn potong rambut! satu cadangan yg aku rasa teruk sebab Quinn nampak sgt hodoh selepas potong rambut. Tak caya? Tengok pic bawah ni.

Tak tau la bagi org lain, tapi aku rasa Quinn berambut panjang 1000 kali lebih cantik dari Quinn berambut pendek nih..

Charice juga tak ketinggalan menunjukkan bakatnya dalam episod ni bila dia nyanyi solo utk kumpulan Vocal Adrenaline. Nyanyian lagu ‘As Long As You’re There’ mmg sangat powerful dan memukau..

Akhirnya tiba giliran New Directions utk buat persembahan. Lagu solo diorg ialah lagu duet antara Rachel dan Finn, iaitu lagu baru yang berjudul ‘Pretending’. Lagu ni diorg cipta khas utk situasi diorg yang tgh tak paham ttg perasaan masing2. Biasa2 je lagu ni.

Lagu secara berkumpulan juga sebuah lagu baru, iaitu ‘Light Up The World’. Lagu yang rancak ni penuh ngan koreografi, yang kelihatan tak logik sbb diorg baru cipta lagu ni sehari sebelum pertandingan dan mase tetibe dah ade koreografi yang tersusun lagi. Haha!! Takpe la kot. Janji seronok ditonton.

Dan akhirnya top 10 list pun dikeluarkan.. Kesian New Directions. Tak dapat masuk peringkat seterusnya.. Takpe, next season cuba lagi ye.. 🙂

Bagi aku, episod 22 ni kira ok la.. Agak menarik berbanding beberapa episod sebelum ni yg memang sangat menyedut sucks! Tapi bagi aku ia tak cukup ‘ummph’ sebagai season finale. Anyway, Gleeks like me out there, let’s just ignore the bad things, and enjoy the show!!

Chow!!

Do You Feel Like An English Language?

27 Mei 2011 – 4.45 pm

Jabatan aku merupakan Jabatan Pengajian Am, dan salah satu subjek yang berada di bawah jabatan kitorg ialah subjek Bahasa Inggeris. Jadi adalah tugas jabatan kitorg utk memastikan bahasa Inggeris tidak dipinggirkan dalam urusan2 rasmi PMS. Jadi pada 12 Mei yang lepas, satu memo telah dikeluarkan oleh jabatan aku dan telah dihantar (secara emel) kepada semua staf PMS. Inilah memonya yer :

Bermulalah dari hari tu, setiap hari Rabu merupakan hari rasmi Bahasa Inggeris bagi kakitangan PMS, dan mereka dimestikan untuk mencuba bertutur dalam bahasa Inggeris pada setiap hari Rabu. kalau tak dapat banyak, sikit pun jadi la..

Tapi bila tengok pada 18 Mei dan 25 Mei lepas, takde pun yang guna BI mase berurusan. Aku cuba gak menjawab telefon dalam BI, dan ada gak yg respon dalam BI, tapi kebanyakkannya akan disambut dalam Bahasa Melayu. Aku lak yg termalu2 bila ckp BI sorang2 dlm phone.

Lagi satu, aku dah janji ngan Azri aka Kaki Wayang utk ckp BI mase kitorg kuar g mkn tiap2 hari, tp janji tgl janji je.. Hahaha!! Masing2 ckp melayu berabuk. Ntah bile la kitorg akan start ckp BI. Tp aku agak segan la ngan Azri sbb BI dia hebat. Sia guna slang america lagi kaoooo!! Huhu!!

Sbnrnye tak susah pun nak ckp BI ni, even pada yang hanya tau yg basic je. Just guna I & You masa bercakap pun merupakan satu permulaan yang baik.  Tapi masing2 malu (termasuk aku). Huhu..

Lagi satu yg aku tak gemar, tak ramai yg bukak emel kat PMS ni. Jadi bila aku tanya ttg memo tu, ramai yg ckp tak tak dapat memo tu sbb tak bukak emel. Macam mana la Green Technology nak berkesan kannn..

Anyway, diharap start minggu depan, ada yg guna BI.. Sikit2 pun takpe la yeeeee… (Nasihat utk diri aku sndri gak nih)

Chow!!

All Of My Glee!

27 Mei 2011 – 4.34 pm

Akhirnya setelah berhempas pulas mencuba, aku berjaya gak mendapatkan Glee season 2 episod 22! Dan dgn ini, lengkaplah koleksi Glee aku utk season 2! Yayyy!! Cuma season 1 je yg tak complete.. Huhuhu..

List of Glee episodes dalam hard disk aku. Siap subtitle lagi (maklum la. Aku ni bodoh BI. terpaksa guna subtitle BI utk tangkap ape yg diorg sebut.)

So lepas ni terpaksa la tunggu lama sebelum munculnya Season 3. Tu yang tak best tu. Harap2 season 3 muncul cepat. 🙂

Chow!!

Birthday Bash(ful)!

27 Mei 2011 – 3.36 pm

Pada 25 Mei lepas, JPA sekali lagi telah dikejutkan ngan sambutan hari jadi salah seorang staf dalam jabatan kitorg, iaitu Tengku Mardzi’iah (betol ke ejaan tu?). Aku pun tak tau diorg nak suprise ni.. Tetibe je ajak g balik dinding dan start nyanyi lagu besday. So join je la. Haha!!

Besday gegurl yg pose tak hengat ngan kek..

Pembakaran lilin berlaku apabila gas Puspanita bertindabalas ngan dapur Puspanita, lalu menghasilkan percikan api yang kemudiannya berkolaborasi ngan lilin itewww.. Seb baik smoke detector tak detect.. wakaka!!

Bertepuk tampar setelah selesai menyanyikan lagu Menghilir Di Sungai Pahang.. Lagu Hepi Besday lahhh!!

Tiupan sangkakala.. Eh, bukanlah!! Hembusan sepoi2 oleh Tengku.

Mari belajar teknik2 memotong kek yang betol.. Dua tangan tuuu.. Kao mampooo??!!

Menadah tangan tanda bersyukur.. Motepp?! Haha!! Ust Taha tgh baca doa, so tadah la tangan. Pui nape tak tadah tangan? Ahaksss!!

Nadiah : Nah, telan kek ni sekali ngan tangan2 aku!!
Tengku : Nanti ko! Pas ni aku suap guna kaki aku lak!

Kek yang dah dicincang oleh sape tah.

“Mane bahagian aku weh?” Tanya Nadiah kepada dirinya sendiri.

Keluarga bahagia JPA. Eh, nape aku takde dalam ini gambar? Cameraman lorrr..

Haaaa!!! Baru ade pic aku.. Pose tak hengat kaooo!!

Ok, ni lah citer opis kitorg ye.. Biasa2 jeee..

Chow!!