where my dreams linger………

Posts tagged “banjir

Indoor Umbrella, Anyone?

29 Mei 2011 – 4.02 pm

Pada 18 April 2011 yang lepas, hujan yang sangat lebat telah melanda pekan Muadzam Shah sehingga menyebabkan banjir di sesetengah kawasan. Tapi banjir lite2 jer la. Tapi hujan kali membuatkan kitorang kat opis JPA sedar yang terdapatnya kebocoran di pejabat kitorang tu. So dengan berlakunya kebocoran tu, dapat la kitorang report kat UPP. Kalau tak, sampai bila pun tak tau ttg kebocoran tu. Ni antara pic2 yang aku sempat snap (kalau nak tengok pic yg jelas, just klik je kat pic2 tu k) :

Air keluar melalui celah2 siling dan lampu. Menakutkannnn..

Siling dah start basah. Takut siling runtuh je masa tu.

Air dah mula bertakung kat lantai.

Rina yang berjalan sambil mengelak2 air yang mencurah.

Tadah air guna bakul sampah je..

Oleh sebab kena air hujan, Lynnie pun keluarkan payung pinknya sambil nyanyi lagu Umbrella oleh Rihanna..

Bocor kat banyak tempat, tapi bakul sampah tak cukup..

Diva sangat!!

Tak cukup bakul sampah, tong sampah pun jadi tempat tadah air..

Air dah membanjiri JPA. Eh, kaki sape yg cantek tuuuu?

Siling kat dalam bilik utiliti yg dijadikan surau. Habis telekung ngan sejadah basah.

Sila dudukkkk..

Mesin fotostat sket lagi nak kena air.

Kat tingkap pun dah masuk air..

Setelah barang dipindahkan dari bilik utiliti.

So lepas berlaku banjir tu, kitorg pun report kat UPP, dan diorg akan report kat kontraktor. Tak tau la kontraktor dah repair atau belum. Kalau nak tau dah repair, kena tunggu hujan lebat lagi la.. Tapi mase ni mmg hujan sgt lebat, sampai tempat parking belakang opis aku pun banjir. Seb baik sempat pindahkan kete. Kalau tak, kompem kete aku dah jadi bot sekarang neh. Huhu..

Chow!!


Flooded Memories…

13 April 2011 – 9.03 am

Masa aku dok belek2 handphone2 aku yang murah tu, aku masuk dlm galeri dan tgk gambar2 lama yang aku pernah snap.. Godek punya godek, aku terjumpa beberapa gambar yang membuatkan aku terfikir utk menulis ttg gambar2 tersebut..

Semasa di penghujung Monsun yg lepas, lebih kurang dalam awal bulan 3 yg lepas, hujan telah turun kat kawasan Muadzam Shah terchenta ni tanpa henti selama beberapa hari. Untuk pengetahuan, Muadzam Shah pernah terputus hubungan dengan dunia luar masa dilanda banjir beberapa tahun yg lepas (tapi masa tu aku tak keje kat sini lagi) apabila Jalan Ladang Hwali, Jalan Ladang Trading dan Jalan Kampung Baru Bukit Ibam di Bera terpaksa ditutup kerana dinaiki air.

Mujurlah hujan yang turun masa bulan 3 tu tak menyebabkan Muadzam Shah terputus hubungan lagi. Tapi hujan tu telah menyebabkan sesetengah kawasan dalam Politeknik Muadzam Shah ni dinaiki air hingga ke paras yang agak membimbangkan. Ni antara gambar2 yang aku sempat snap :

Banjir di Pusat Islam. Perhatikan yang pelantar yang ada pelampung tu dah hampir terbalik.

Masih di Pusat Islam. Sebenarnya kat depan PI ni ada tasik, dan kat sekeliling tasik tu ada pedestrian walk. Tapi kat gambar ni langsung tak nampak. Org bertiga tu (Taufiq, Zamri & Jali) bukan tgh tangkap ikan ye. Tapi diorg tgh bersihkan kangkung liar yang tumbuh subur..

Cantik gak walaupun banjir. Huhu..

Bangunan ULPL dan Hospitaliti kat sebelah PI.

Kat jabatan aku iaitu Jabatan Pengajian Am (JPA) pun tak terkecuali dari tempias banjir tuh. Tapi yg ni leh dikira bukan banjir, tapi lebih kepada sistem saliran yang teruk.

Sistem perparitan yang tak sempurna menyebabkan air hujan tak dapat mengalir keluar. Bertakung kat longkang.

Air dah mula naik.

Air semakin menghampiri ke pintu makmal bahasa yang aku jaga.

Hujan makin lebat dan air makin naik.

Now, kenapa aku risau sangat air naik sampai ke makmal? Sebabnya :

Bila bukak pintu makmal, nampak tak plug elektrik kat mana? Tak nampak? Takpe, aku besarkan lagi gambar….

Dah nampak? Tak nampak gak? Besarkan lagi la..Sekarang dah nampak? Yup, aku risau sebab plug tu kat bawah lantai. So kalau air masuk, memang terus akan pergi kat plug2 tu dulu. Setiap meja komputer ada plug, so klu nak selamatkan mmg tak dapat.

Tapi Alhamdulillah, air tak sempat nak masuk ke makmal, hujan dah berhenti. Tapi tak tau la pulak masa akan datang. Mana tau tetibe hujan mencurah2 lagi kan. Ok la, tu je.

Chow!!