where my dreams linger………

Posts tagged “birthday

Another Birth-Day to Add.

29 Mei 2011 – 3.31 pm

Baru aku sedar rupanya dalam hp aku byk pic2 mase sambut besday kengkawan. So kali ni aku nak update pasal satu lagi sambutan birthday yang surprise giler2 tak hengat, iaitu besday Kak Fida. Majlis ni diadakan pada 18 April kat umah Manjer. Kitorang mmg rancang nak surprisekan Kak Fida neh, so plan buat kat rumah Manjer bkn sebab pe, sbb kitorg mmg selalu lepak rumah Manjer utk makan2 dan tgk movie.

So plan kitorang kali ni senang je. Kitorang masak2 kat rumah Manjer, dan pada masa yang sama Manjer lak g jemput Kak Fida dtg rumah utk temankan dia g mekap orang (kononnya). Bila Kak Fida dtg rumah, kitorang tutup lampu sampai gelap gelita rumah tu. Seb baik Aaqif (anak Azri aka Kaki Wayang) tak nangis sebab gelap. Bila Kak Fida masuk je, kitorg pun ramai2 nyanyi lagu besday. Best tgk Kak Fida terkejut, sampai dia nak keluar balik dari rumah tu. Haha!!

So ni antara pic2 yang sempat di snap pada malam tu.

Malam tu Chef kitorg iaitu Azri bercadang nak masak spagheti, so kitorg pun tolong je dia masak. Manjer ditugaskan sebagai pemotong cendawan butang.

Taufiq lak ditugaskan utk potong bawang. Sian, sampai berpeluh2. Airmata jgn cakap la. Huhu..

Chef tengah masak kuah spagheti. Kuah tu dia guna Prego je, tapi diberikan sentuhan kemelayuan, so jadi agak berempah dan pedas..

Sambil masak sambil promote produk Dr Rozmey katernyer..

Ni spagheti yg kitorg guna. Sape yg ditugaskan utk melembutkan spagheti tu?….

Aku la.. Sape lagi.. Sempat snap pic sendiri lagik!!

Yg ni setelah kuah spagheti siap. Manjer ngan Ita dok menjilat kuali tu sampai licin. Sedap sangat katernyerrr..

Sekarang bila kuah spagheti dah siap, kena la goreng lauk2nya pulak.. Tugas sape lagi kalau bukannn…….

Aku la jugakkkk!!!

Ni kek yang dioder oleh diorang..

Hidangan dah pun siap. Kuah tu tak cukup.. Huhu..

Besday gegurl yang nak potong kek. Thanks Taufiq ambik pic nih..

Sambil makan, sambil tengok movie dan borak2. (Aku dah takde idea nak taip ape ni weh!)

Chow!!


A Birthday Before.

29 Mei 2011 – 3.19 pm

Oleh sebab aku ade buat post ttg birthday salah sorang staf kat JPA ni, so tak adil la kalau aku tak buat mase birthday  yg lain. So mase belek2 hp aku yg murah tu, aku terjumpa la sket pic mase birthday Rina, juga staf dalam jabatan kitorg. Sepatutnya birthday ni utk 2 org iaitu Rina dan Dila, tapi oleh sebab Dila cuti mase tu, so hari tu khas utk Rina je la. Sambutan ni dibuat pada 22 April 2011.

Kek yang dioder utk diorg.. Sedap weh kek nih! Aku sukewwwww!!

Rina yg excited mase nak potong kek. Ye la kan. ni pun surprise gak nih.. JPA mmg suka wat besday seprise2 nih..

Upacara menyembelih kek.

Rina yang agak fotogedik di situ..

Sori la Rina ye, sebab ade 4 pic je utk birthday ko neh.. Takpe, next time aku snap banyak2 k.

Chow!!


Birthday Bash(ful)!

27 Mei 2011 – 3.36 pm

Pada 25 Mei lepas, JPA sekali lagi telah dikejutkan ngan sambutan hari jadi salah seorang staf dalam jabatan kitorg, iaitu Tengku Mardzi’iah (betol ke ejaan tu?). Aku pun tak tau diorg nak suprise ni.. Tetibe je ajak g balik dinding dan start nyanyi lagu besday. So join je la. Haha!!

Besday gegurl yg pose tak hengat ngan kek..

Pembakaran lilin berlaku apabila gas Puspanita bertindabalas ngan dapur Puspanita, lalu menghasilkan percikan api yang kemudiannya berkolaborasi ngan lilin itewww.. Seb baik smoke detector tak detect.. wakaka!!

Bertepuk tampar setelah selesai menyanyikan lagu Menghilir Di Sungai Pahang.. Lagu Hepi Besday lahhh!!

Tiupan sangkakala.. Eh, bukanlah!! Hembusan sepoi2 oleh Tengku.

Mari belajar teknik2 memotong kek yang betol.. Dua tangan tuuu.. Kao mampooo??!!

Menadah tangan tanda bersyukur.. Motepp?! Haha!! Ust Taha tgh baca doa, so tadah la tangan. Pui nape tak tadah tangan? Ahaksss!!

Nadiah : Nah, telan kek ni sekali ngan tangan2 aku!!
Tengku : Nanti ko! Pas ni aku suap guna kaki aku lak!

Kek yang dah dicincang oleh sape tah.

“Mane bahagian aku weh?” Tanya Nadiah kepada dirinya sendiri.

Keluarga bahagia JPA. Eh, nape aku takde dalam ini gambar? Cameraman lorrr..

Haaaa!!! Baru ade pic aku.. Pose tak hengat kaooo!!

Ok, ni lah citer opis kitorg ye.. Biasa2 jeee..

Chow!!


Truancy vs Currency…

8 April 2011 – 6.10 pm

Semalam merupakan hari jadi kawan kat tempat kerja aku nih, tapi oleh sebab semalam dia baru balik dari kursus, so hari ni aku dan kawan2 kat tempat kerja ni plan nak celebrate birthday dia la kononnya.. So bincang punya bincang, kitorang plan la nak sambut kat sebuah restoran yang bernama Wawa kat Muadzam nih.. Sape2 orang Muadzam Shah mesti tau tempat ni sebab ia agak grand (walaupun makanan xde la sedap pun dan servis lembab). Selepas bagi2 tugas, aku pun ditugaskan untuk call restoran ni untuk book makanan untuk 6 orang makan….

Lalu pada jam 11.49 pagi, aku pun call la restoran tersebut. Perbualan kitorang lebih kurang macam ni (aku sbg Y dan org yg angkat telefon tu sbg W) :

W : Restoran Wawa di sini.
Y : Assalamualaikum. Saya Yazid dari Politeknik Muadzam Shah. Saya nak tanya sikit, petang ni restoran awak bukak tak?
W : Petang ni bukak.
Y : Bukak pukul berapa ya?
W : Dalam pukul 3.
Y : Okay. Boleh tak saya nak tempah makan untuk petang ni, dalam pukul 3.30? Tak ramai. 6 orang je.
W : Pukul 3.30? Macam awal sangat la encik. Hari ni kan hari Jumaat. So pekerja2 masuk kerja pukul 3, takut diorang masuk lambat dan tak sempat siapkan makanan.
Y : Tapi kan restoran bukak pukul 3, takkan diorang leh masuk lewat lak?
W : Memang diorang kadang2 masuk lewat. Macam ni la, kalau pukul 4 boleh tak?
Y : Hmmm.. Okay la, pukul 4. Boleh ke siap pukul 4?
W : Boleh encik.
Y : Okay la. Saya nak order nasi………………………..
W : jap encik, saya nak ambik pen.

(Bunyi kelentang-kelentung) Dan selepas 5 minit…..

W : Encik betul ke nak tempah pukul 4 ni? Saya takut tak sempat la diorang nak siapkan makan.
Y : Laa. Bukan awak ke yang cadangkan pukul 4 tadi?
W : Tu la. Tapi saya rasa tak sempat la. takut diorang nak rehat2 dulu lepas masuk kerja. Kalau pukul 5 boleh tak?
Y : Pukul 5? Takpe la, saya kena bincang dulu. Nanti saya call balik?
W : Okay.

Perbualan tamat.

Memang aku tak call balik pun sebab pukul 5 tu dah lewat sangat.. orang nak balik kampung la weh, hari ni kan hari Jumaat! aku pelik la, setakat nak masak nasi putih, tom yam seafood, telur dadar & kailan ayam untuk 6 orang makan, takkan ambik masa sampai sejam kot? Aku tak paham sebab diorang lebih pentingkan diorang nak masuk lambat dan nak rehat2 dari kehendak pelanggan. Memang la duit kitorg yg makan utk 6 orang tu tak sebanyak mana, tapi yang penting di sini bukan duit, tapi kepercayaan pelanggan terhadap perkhidmatan! Aku terus terang la, ini bukan kali pertama aku dikecewakan oleh Restoran Wawa. Sebelum ni ada sekali tu aku order, tapi tak dapat. Orang lain dah habis makan dah pun. Last2 dia leh cakap terlupa buat. Takde mintak maaf lak tu. Dan aku rasa Azri pun setuju kalau aku cakap, ada pelayan kat situ yang kurang ajar ngan pelanggan.

Jadi kat sini aku just nak bagi sedikit peringatan kepada mereka2 yang berurusan dengan pelanggan. Kalau boleh, jaga pelanggan elok2. Bukan kami yang nak duit awak, tapi awak yang nak duit kami. Jangan la ikut macam kedai Nasi Ayam Mustapah. Dari Gemas, ke Segamat, sekarang ke Muadzam, servis sama lembab! takde improvement langsung. Dan yang sangat menyakitkan hati, boleh lak harga kat Muadzam lebih mahal berbanding harga kat cawangan2 lain. Tapi aku bukan nak cerita pasal NAM kat sini.

Chow!!