where my dreams linger………

Posts tagged “kucing

Feline Curse.

31 Mei 2011 – 9.44 am

Pada yang baca paper, mesti ade terbaca ttg kucing yang dipukul sebab disangka kucing jadian. Ceritanya lebih kurang begini yer :

**************************************************************

JOHOR BAHRU: Gara-gara taksub dengan cerita misteri berkaitan kucing didakwa jelmaan penjenayah atau ahli sihir, segelintir penduduk di sekitar Taman Ungku Tun Aminah, di sini, sanggup mendera binatang itu.

Kejadian berlaku kelmarin apabila seekor kucing peliharaan seorang mekanik didera sekumpulan remaja di kawasan perumahan itu selepas kononnya menerima arahan pihak tertentu bagi memerangkap kucing jelmaan berkenaan.

Pemilik kucing berkenaan, Encik Mohmad Shah Tamyis, 52 tahun, berkata beliau tidak sangka kucing kesayangannya turut menjadi mangsa dan buruan pihak tidak bertanggungjawab selepas terpengaruh dengan kisah yang disebarkan sejak kebelakangan ini.

‘Sebelum ini, saya difahamkan ada kucing ditangkap dan diserah kepada polis kerana dipercayai jelmaan penyamun yang mengamalkan ilmu hitam.

‘Mengikut cerita itu, penyamun terbabit dipercayai bertindak demikian kerana memenuhi kehendak melengkapkan ilmunya sebelum malam Jumaat.

‘Namun, akibat sikap penduduk yang terlalu taksub dengan cerita tersebut, kucing kesayangan saya, Pussy, yang berusia enam bulan menjadi mangsa,’ katanya.

Menurut Encik Mohmad Shah, beliau hanya menyedari kejadian itu apabila mendengar kekecohan berlaku di luar rumahnya.

‘Penduduk percaya ia kucing jadian kerana matanya merah ketika terkena pancaran lampu suluh. Berikutan itu, ia dipukul kira-kira 18 remaja lelaki tanpa belas kasihan.

‘Akibat kejadian itu, ia mengalami luka di beberapa bahagian tubuh dan trauma setiap kali bertemu orang.

‘Saya terkilan melihat keadaan kucing kami, orang ramai sepatutnya bersikap waras dan tidak taksub dengan perkara karut yang belum tentu kesahihannya,’ katanya.

Sementara itu, Timbalan Pengerusi Persatuan Binatang Peliharaan Bahtera Noah, Cik Mariam Yusof, berkata tindakan memerangkap kucing yang dianggap jelmaan adalah tidak munasabah dan tidak berperikemanusiaan.

Katanya, penduduk tidak harus bertindak sedemikian dan dinasihatkan menghentikan perbuatan itu.

‘Sebelum ini, saya dengar ada seekor kucing ditahan di lokap dan badannya dikatakan panjang, saya tidak menafikan kemungkinan ia kucing hutan dan bukan jadian,’ katanya.

**************************************************************

Pendapat aku?

1. Manusia semakin lama semakin tahyul dan kejam. Mungkin akibat dari kesan teknologi yang terlalu cepat naik, maka masyarakat Malaysia khususnya kemarau dengan pengisian mistik. Ni pendapat aku je la. Aku mmg suka bab2 psikologi nih.

2. Mata kucing merah apabila terkena lampu suluh bermakna kucing tu kucing jadian? Nak cakap bodoh kang marah lak, tapi warna merah tu datang dari pembalikan cahaya dari retina mata. Mata kucing mempunyai lapisan pembalik cahaya spesel yang dipanggil ‘tapetum lucidum’ yang berfungsi seakan2 cermin kat bahagian belakang mata mereka. Sebab tu bila mata kucing disuluh pada waktu malam, ia akan membalikkan cahaya terang dan berwarna merah. Keymon la people, cari fakta dulu yer.

3. 18 remaja lawan seekor kucing? No komen.

4. Kucing tu diberi nama Pussy? Lagi laaaa no komennnnnn!!!!!!

Chow!!